Assalamualaikum
Hanya mampu bermimpi terbang ke istanbul T.T
Sunday, December 18, 2011
Sunday, December 11, 2011
Kasih ibu
Semua org pasti ada ibu dan ayah. tanpa ibu kita takkan wujud di muka bumi Allah ini.
Kasih ibu sampai ke syurga kasih ayah sentiasa berpanjangan.
Sudah ditakdirkan saya kehilangan ayah semasa berumur 15 tahun. Semoga roh arwah ayah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al fatihah.

Amin
Ada banyak panggilan yang digunakan bagi mak ayah kita ni. Dan bagi saya ayoh (as i am a kelantanesse) and ma. kalau dikutkan dan apa yang saya rasa physically sy xla ra
pat sgt ngan ma saya. kalau mak saya tny pnjg2 bbrp patah jer yg sy jawab. tp kalau ma xtny pe2 saya plak yg bnyk tny dan kalau ma cm xnk jwb dialog yg selalu sy gner "ma xse laye ore" = ma xnk layan org. huhuhu..tu la saya. kalau ma tny nk tak nk je jawabnyer. tapi kalau ma saya senyap saya jadi risau sangat. kenapa ma senyap? ma tgh marah ke? ma susah hati ke? apa yang ma fikirkan? tu la yg akan bermain di fikiran ni. mulala saya yg banyak bertanya ma sbb nak ajak ma bercakap. even kdg2 soalan tu entah pe2..kadang2 merepek jer.
Saya xseperti anak2 perempuan yg lain yg rapat bercerita apa2 sahaja kt mak dorg. saya jarang bercerita pasal perkara2 peribadi kat famili saya ,kat ma pun sama. kalau ma tanya pun cm mls2 nk jawab. masalah2 peribadi disimpan kemas di dada. tak pernah nk citer kat sape2. kat kawan pun tak. MY SECRET IS MY SECRET. wpun kadang2 bnda tu menyesakkan dada n rasa perlu diceritakan kat seseorng tp sbb rs kurang keyakinan maka dipendamkan sahaja di dalam hati. huhuhuhh
Tapi apa yang saya yakin dan pasti, ma sayangkan saya. bunyi macam perasan. tapi mak mana yang tak sayangkan anak. saya ingat lagi masa saya nk dtg uk. ma berat hati nk izinkan. sbb saya perempuan dan anak bongsu perempuan. saya tahu ma sangat risau sampai pernah mimpikan saya dan menangis lepas tersedar dari mimpi tu. ma takut perkara buruk terjadi kat saya. Alhamdulillah saya selamat. dengan perlindungan daripada Allah SWT dan dengan doa dari ma. insyaAllah.
Selepas hampir 9 bulan di uk saya pulang ke malaysia semasa cuti summer. sampai je kat lapangan terbang pengkalan chepa saya rasa sebak sgt. rs nak menangis. saya berjalan dgn hati yg sebak dan akhirnya jumpa ma setelah 9bulan xberjumpa di alam nyata. ma peluk saya dengan erat dan sekali lagi menangis. ma nampak kuat di luar tetapi berhati lembut dan mudah tersentuh ( xmcm saya yg nmpk lembut di luar tp hati saya sgt kuat, insyaAllah :p) . saya hanya menahan air mata drpd menitis. ayat pertama ma "koho kuruh dah nih" = makin kurus .
selepas 3 bulan bercuti, tibalah masa untuk sya menunaikan kewajipan sbg seorang pelajar.
terpaksa meninggalkan rumah dan tanah air. di klia sekali lg ma memeluk saya dan menangis. melihat ma menangis saya tahan perasaan saya. saya tak bole nangis nanti ma akan rs lagi sedih.
saya rasa apabila jauh dari ma, saya rs lg rapat ngan ma. memang ada hikmahnyer saya belajar kt uk. Allah knows what is the best for u!

Labels:
cakap cakap
Monday, October 31, 2011
Saturday, October 22, 2011
Thursday, September 15, 2011
Forgiveness is The Most Beautiful Thing
assalamualaikum
i still remember when my junior hit me about six years ago. it was an accident actually. at that time i was cycling from home to go to school early in the morning and he was with his motorcycle. at that time i really mad at him. but when he said "maaf kak. saya tak sengaja" the feeling changed drastically. i was not mad at all. it was so relief!!!
that is the power of "maaf"
and forgiveness is the most beautiful thing
Labels:
buah fikiran
Saturday, September 3, 2011
5 Syawal 1432H
Assalamualaikum
dh 5 hari berlalunya hari raya puasa. hari ni 5 syawal dan tak start lg puasa enam.
hari ni ajk kawan2 dth beraya kt umah. bole dikatakan sudden call sbb tiber2 rasa nk makan ngan dorg.
pagi2 lg kluar ngan ma, kak toh peri beli brg2.
balik jer rumah terus buat satu2nya kek yang agak mahir dibuat moist chocolate cake =)
pastu buat benda lain lak dan tanpa disedari jam sudah menunjukkan pukul 11.30tgh ari.

bnyk lg yg xsiap ni!!!!
ptut ke kol dorg mintak dtg lewat sikit?????????????/
kol je la :P
janji br dibuat dtg lpas zohor. hehehe
maka sampailah kawan2ku :)
tp xde gambar yer
de bnyk lg sebenaryner nk tulis. tp rasa mlas sgt.
"Ya Allah ya tuhanku, aku bersyukur di atas segala nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih ya Allah di atas segala kurniaanMu"
Amin

gambar ni xde kena mengena ngan entry ni (^~^)
Labels:
cakap cakap
Thursday, August 18, 2011
my first video :)
assalamualaikum :)
inilah video pertama saya. khas untuk penghuni2 236 stanton street ^_^
lagu ni sgt best dan meaningful
OST Ramadhan Terakhir di slot samarinda TV3 kul 10.30mlm
lagu nyanyian pompa bensin :)
Labels:
kerja tangan
Tuesday, August 16, 2011
membaca jambatan ilmu
Assalamualaikum
Ingat tak dulu saya ada cakap pasal buku yang nak dibaca semasa cuti tiga bulan ni?? (bajet de orang baa jer blog ni..huhuhu..perasanlah awak ni..saya bercakap dengan diri sendiri okeh!!!)
dah lama dah habis baca buku tu. lepas tu saya akap nk buat review kn..tapi saya tak tahu cmner nk review buku. yang saya tahu dua buah buku ni memang menarik.
selama ini saya tak tahu apa itu ilmu hadis. buku ini sangat ringkas dan sesuai untuk orang macam saya ni yang baru nak kenal ilmu hadis. maklumlah saya bukan budak sekolah agama. jadi bahan bacaan yang agak ringan ini lah yang sesuai untuk saya yang baru nak belajar. proses untuk mendapatkan hadis yang sahih memang tersusun dan agak rumit. saya kagum dengan mereka yang terlibat dalam kerja2 mengumpul hadis ini.
buku seterusnya adalah buku Sirah. buku yang menceritakan tentang tokoh perkembangan Islam di Andalusia. siapa lagi kalau bukan Tariq bin Ziyad. Buku yang saya beli ni edisi jimat :p. tapi tak pe yang penting isi dia mantap. buku ni memang best. lebih2 lagi saya pernah pergi ke Andalusia. jadi apabila saya baa buku ni, saya dapat bayangkan tempat-tempat tu sekali walaupun pada masa tu keadaan kat sana lain dengan sekarang.
Fakta menarik: Gilbratar kawasan takluk UK merupakan tempat pertama dijejaki Tariq bin Ziyad sebelum meneruskan misi beliau di kawasan Sepanyol yang lain. Nama Gilbratar berasal daripada perkataan Jabar Tariq.
keseluruhannya kedua-dua buku ini sangat m,enarik dibaca dan tak rugi dibeli :)
misi saya seterusnya nak beli buku-buku ini pula
dengar-dengar citer buku ni menarik
untuk upgrade solat sesuai dengan usia yang semakin meningkat. semoga Allah permudahkan
dah lama teringin buku ni
nnati akak ku cari kesemua buku itu. insyaAllah =)
Memetik status kawan Atikah M. Sukor di fb
"Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. "
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah) ..ikhlaskah hati ini....
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah) ..ikhlaskah hati ini....
"Semoga hati ini ikhlas hanya keranamu Ya Allah"
Amin
Labels:
buku
Sunday, August 14, 2011
Jangan Menyerah ^_^
Assalamualaikum =)
Message behind the song: Just accept and be thankful to God on what He has given us. Everything has a reason, and only God knows what's the best for us. We should never give up with any problems in life and should pray for His forgiveness and blessings.
Labels:
pedoman dan usrah
Wednesday, August 3, 2011
persoalan yang belum terjawab
assalamualaikum
baru jer pulang dr sekolah lama. sekolah pinggir bandar yg telah bnyak menabur budi. sekolah yang telah menanam pelbagai memori indah. THE BEST SCHOOL FOR ME ^_^
selepas selesai segala urusan saya jumpa cikgu yg tak lokek dgn nasihat.
dan soalan pertama yg ditnay dalah...jeng jeng jeng
soalan pe lagi?????
soalan cepu emas la @_@
dan jawapannya semestinya tak
tapi saya sebagai perempuan hendaklah berusaha tetapi tidak terhegeh-hegeh
itulah nasihat cikgu saya
saya rasa saya masih muda
baru 21tahun
saya segan, takut dan malu
saya tak tahu nak buat pe
persoalan yang tiada lagi jawapan dalam hidup saya
tak tahu bila ia akan terjawab
Labels:
cakap cakap
Monday, July 11, 2011
jom cari Ilmu!!!
assalamualaikum
pernah tak kita perasan ada dalam kalangan kawan2 kita dulu yang pendiam dan tak banyak cakap.
kadang2 terlampau down to earth.
dirinya tidak terlalu menonjol
kenapa????
adakah disebabkan dirinya yang pendiam???
mungkin itu merupakan salah satu faktor
tapi kadang2 sistem dan persekitaran di sesuatu tempat juga mempengaruhi kurang tertonjolnya orang2 sebegini.
contohnya jika di sekolah
pelajar yang bijak dalam akademik sering dipandang tinggi dan diangkat untuk memegang pelbagai jawatan penting di sekolah sedangkan kepemimpinannya boleh dipertikaikan.
memanglah orang berilmu ini diangkat darjatnya oleh Allah S.W.T.
"Wahai orang-orang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan "berdirilah kamu," maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
Surah Al-Mujadilah : Ayat 11
ilmu Allah itu luas. ia meliputi segala-galanya. dari a sampai z. ilmu itu infinity. makin banyak kita belajar makin banyak yang kita tak tahu. terdapat banyak cabang ilmu. bukan setakat akademik semata-mata. setiap apa yang kita buat di atas muka bumi ini memerlukan ilmu untuk mendapatkan hasil yang MANTOP!!!!!
tetapi sistem pendidikan di malaysia seara peribadinya saya merasakan terlalu pentingkan akademik dan tidaK mampu melahirkan rakyat yang berfikiran kreatif dan kritis. hanya sesetengah jer yang betul2 bagus.
pelajar-pelajar yang tidak menonjol di zaman persekolahan ini dilihat agak menonjol di peringkat pengajian yang lebih tinggi jika mereka berani berubah. berani menggilap potensi yang ada dalam diri mereka.
inilah yang terjadi kepada seorang kawan saya. saya tidak menyangka yang dia menjadi seorang yang begitu hebat dalam memberikan pendapat dan hujah-hujahnya.
makin berani dan berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak.
masa merubah segalahnya.
corak pemikiran kita berubah
segala-galanya mungkin terjadi
jangan rasa diri anda akan menjadi orang hebat jika anda hebat di sekolah sekarang
jangan rasa diri anda lemah selama-lamanya hanya kerana nada seorang yang lemah di sekolah sekarang.
setiap manusia hanya dipisahkan dengan satu garisan halus daripada manusia yang lain dan bila-bila masa sahaja mereka boleh beralih tempat antara satu sama lain.
" Ya Allah ya tuhanku, Hanya kepadamu aku berserah dan memohon sesuatu. Engkau tetapkanlah imanku. janganlah Engkau palingkan aku setelah Engkau memberikan hidayahMu kepadaku. Jauhilah akau dari sifat takabur dan suka berbangga-bangga diri. jadikanlah aku seorang yang sentiasa merendah diri dan bersyukur di atas segala nikmatMu ya Allah"
Amin
Labels:
buah fikiran
Monday, July 4, 2011
Friday, July 1, 2011
my first trial
assalamualaikum wbt
di bawah adalah hasil saya menjahit manik selama 2 ari.
alhamdulillah
berbaloi juga hasilnya
tak pe aqiedah
ini 1st trial, nanti boleh buat yang lagi elok !
insyaAllah =)

nak jahit lagi kat leher tu tapi xcukup manik
Labels:
kerja tangan
Thursday, June 30, 2011
jom manfaatkan cuti :)
assalamualaikum
insyaAllah saya akan cuba memanfaatkan uti saya dengan membaca buku di atas.
dan insyaAllah akan dikongsi di sini :)
buku2 tu nampak menarik
1) tariq bin ziyad
2) apa itu ilmu hadis?
bismillahirrahmanirrahim
Labels:
buku
Tuesday, June 28, 2011
setiap orang itu berbeza
assalamualaikum....


kadang2 saya rasa segan dengan diri sendiri
melihat blog kawan2 yang banyak emmberi nasihat dan memprkatakan tentang agama
setiap nasihat mereka akan disusuli dengan petikan ayat al quran atau pun hadis
tp saya tidak seperti mereka
ilmu saya masih cetek
hanya mampu memberi nasihat melalui pengalaman hidup dan pembacaan buku2 karya2 orang hebat seperti ustaz hasrizal, ustaz zaharuddin dan ustaz pahrol mohd juoi.
tapi kadang sya terfikir mungkin cara penulisan saya ini lebih praktikal untuk orang2 yang susah untuk menerima benda2 yang terlampau berat dan lebih suka kepada bahan yang santai seperti saya juga :)
kan setiap orang tu berbeza
APA YANG PENTING
kita kena berusaha untuk memperbaiki diri.
insyaAllah
Wallahualam
p/s: insyaAllah akan memperbanyakkan post2 berunsur nasihat dan pedoman nanti untuk ingatan kita semua. kita kenalah saling ingat mengingatkan. manusia kan mudah lalai dan lupa :)

TEGURLAH SAYA JIKA SAYA SALAH
Labels:
pedoman dan usrah
Monday, June 27, 2011
result
assalamualaikum


alhamdulillah
walaupun result tidak seperti yang diharapkan. tapi Dia Maha Mengetahui
mungkin itu yang terbaik untuk saya.
memang la terasa nak dapat first class result tapi usaha saya tidakla seberapa.
result saya memang sepadan dengan usaha saya yang xseberapa.
tapi tak pe. saya akan berusaha lagi untuk next stage.
pelunag tak pernah tertutup.
asalkan kita berusaha Allah akan sentiasa menolong kita.
semua terletak kat diri kita sendiri
Nak ke Tak Nak
My feveret ayats: Surah Al Najm ayat 39-42
" Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)."
"Ya Allah ya Tuhanku, aku bersyukur atas segala nikmat yang engkau berikan kepadaku. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini. Janganlah Engkau palingkan aku setelah Engkau memberikan hidayah kepadaku. Tetapkanlah imanku dan saudara-saudaraku."
Amin
Labels:
study
Sunday, June 26, 2011
sabar itu indah
Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala takdir.
Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabariah dalam bersabar.
Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.
Ujian itu penebus dosa...
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak...
penghias samudera!
Pahrol Muhamad Juoi
Dipetik daripada Majalah Solusi isu no. 31

Saturday, June 25, 2011
rama rama
assalamualaikum





saya sangat suka rama-rama.
rama-rama sangat cantik dan menarik.
oolour mixtures and patterns on its wings are totally different between species.
from what i learnt, butterfly is an arthropod, insecta and lepidoptera.
tu yang menariknyer bila belajar animal kingdom.
alhamdulillah masih ingat sikit2 :)
i have a book tht discuss about the animal kingdom and butterfly is not excluded.
THE NATURAL HISTORY BOOK
buku yang mengisi masa lapang saya di waktu terluang (kononnyer)
tapi buku ni sangat best!!
apa yang penting, buku ni sangat menarik :)
Friday, June 24, 2011
merisik
assalamualaikum
merisik???
satu proses biasa sebelum berkahwin dalam adat orang melayu.
tapi saya tak sanggup dirisik :)
sebab malu dan segan
rasanya memang muka saya akan merah menyala nyala apabila ditugaskan untuk menghidang air kepada tetamu yang datang dalam acara merisik itu
mak saya cakap itu la caranya untuk memperkenalkan anak gadis yang dirisik.
kalau tak nak dirisik kenala mencari cari sekarang
hahahaha...agak kelakar rasanya bia ia keluar dari mulut ma :)
apa yang harus saya buat sekarang??
doa sahaja tidak mencukupi. harus dilengkapkan dengan usaha dan kemudian berserah kepada Allah.
tapi apakah yang dimaksudkan dengan usaha di sini???
" Ya Allah ya tuhanku Engkau lindungilah aku dan peliharalah aku. Lindungilah hambaMu ini. temukanlah daku dengan pemilik rusuk kiri itu. kurniakanlah aku pasangan hidup yang baik dan dapat membimbingku dan membantuku membina mahligai bahagia hingga ke akirat. Hanya Engkau yang maha mengetahui dan maha berkuasa."
Amin
Wednesday, June 15, 2011
siapalah saya
assalamualaikum
saya rasa saya sangat lemah
saya rasa saya memang tak ada sebarang kelebihan.
melihat kawan-kawan pandai melukis, pandai memasak, pandai edit gambar, pandai main muzik, pandai mengaji, pandai seraba serbi
saya rasa serba kekurangan
saya xde satu pun kelebihan
langsung xde!!!
tapi xbaik bersungut :(
saya rasa saya sangat lemah
saya rasa saya memang tak ada sebarang kelebihan.
melihat kawan-kawan pandai melukis, pandai memasak, pandai edit gambar, pandai main muzik, pandai mengaji, pandai seraba serbi
saya rasa serba kekurangan
saya xde satu pun kelebihan
langsung xde!!!
tapi xbaik bersungut :(
Tuesday, June 14, 2011
saya tahu saya banyak kelemahan
assalamualaikum...
rasa sunyi sgt petang2 ni..
semua orang dah balik..
malaysian kat newcastle dah semakin berkurang
saya rasa nak balik juga
kalau boleh nak balik sekarang
tapi kadang2 terlintas di fikiran,
sempat ke saya jumpa keluarga saya nanti
selamatkah nanti perjalanan saya,
panjangkah lagi umur saya,
saya betul2 nak jumpa keluarga saya,
saya betul2 sayangkan keluarga saya,
keluarga saya merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T
saya nak jumpa kawan2 saya
kawan2 yang telah banyak menolong saya,
kawan2 yang paling rapat dengan saya
saya nak jumpa semua
nak jumpa semua sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir
kita tak tahu bila kita akan dijuemputNya
kita harus sentiasa bersedia,
menjaga hubungan dengan Allah
juga menjaga hubungan sesama manusia
namun kadang2 saya rasa saya tidak menjaga terlalu menjaga hubungan dengan Allah
kadang2 saya alpa
kadang2 saya juga tidak menjaga hubungan sesama manusia
kadang2 menyakitkan hati mereka tanpa saya sedari,
kadang2 ekspresi muka saya memang tidak menyenangkan semua orang
saya tahu kekhilafan saya
saya sayangkan semua orang di sisi saya tapi saya tak tahu nak menunjukkan sayang saya kepada mereka. hanya Allah tahu betapa saya sayangkan mereka.
rasa sunyi sgt petang2 ni..
semua orang dah balik..
malaysian kat newcastle dah semakin berkurang
saya rasa nak balik juga
kalau boleh nak balik sekarang
tapi kadang2 terlintas di fikiran,
sempat ke saya jumpa keluarga saya nanti
selamatkah nanti perjalanan saya,
panjangkah lagi umur saya,
saya betul2 nak jumpa keluarga saya,
saya betul2 sayangkan keluarga saya,
keluarga saya merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T
saya nak jumpa kawan2 saya
kawan2 yang telah banyak menolong saya,
kawan2 yang paling rapat dengan saya
saya nak jumpa semua
nak jumpa semua sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir
kita tak tahu bila kita akan dijuemputNya
kita harus sentiasa bersedia,
menjaga hubungan dengan Allah
juga menjaga hubungan sesama manusia
namun kadang2 saya rasa saya tidak menjaga terlalu menjaga hubungan dengan Allah
kadang2 saya alpa
"Ya Allah engkau ampunkanlah dosaku ya Allah"
kadang2 saya juga tidak menjaga hubungan sesama manusia
kadang2 menyakitkan hati mereka tanpa saya sedari,
kadang2 ekspresi muka saya memang tidak menyenangkan semua orang
saya tahu kekhilafan saya
"Ya Allah ya tuhanku izinkanlah aku membetulkan kekhilafan ini ya Allah"
"Ya Allah ya tuhanku, Engkau lindungilah aku dan orang di sekelilingku. Engkau jauhkanlah kami dari sifat mazmumah. Janganlah Engkau palingkan kami setelah Engkau memberikan pintu hidayah kepada kami. Hanya kepada Engkau tempat kami memohon petunjuk dan perlindungan"
Ameen
Ameen
Thursday, June 2, 2011
Segalanya UntukMU
Assalamualaikum..
Lega rasanyer sebab dah habis exam. Harap-harap semuanya akan menjadi sesuatu yang terbaik untuk semua. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik itu. saya rasa saya dah berusaha sedaya yang saya mampu. tapi hanya Allah yang tahu segalanya :) saya redha dengan segala-galanya. saya bersyukur sebab dikurniakan family yang banyak menyokong dan sentiasa mendoakan kejayaan saya. sentiasa memahami saya.
"Ya Allah ya tuhanku, Engkau kuatkanlah hati kami semua dalam menghadapi semua ini. Jika kejayaan itu Engkau ciptakan untuk kami, Engkau jauhkanlah kami dari perasaan riak dan takbur. Dan jika kegagalan itu yang terbaik untuk kami Engkau kuatkanlah hati kami Ya Allah. Hanya kepadaMu aku memohon sesuatu. Ameen"
Sunday, March 6, 2011
Senyum By Raihan
Assalamualaikum
Pernah tak bermasam muka dengan siapa2?
Pernah tak bermasam muka tanpa sebab yang jelas.
lepas bermasam muka mesti rasa janggal nak cakap dan senyum kat orang tu balek kan.
Takpe2..yang penting kita berusaha untuk tidak bermasam muka dengan orang.
sentiasalah bermanis muka dan senyum kat orang.
senyum tu kan sedekah.
tapi ingat!!!
jangan salah gunakan senyuman anda :)
Monday, January 31, 2011
selamatkanlah mereka Ya Allah
Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah, Engkau lindungilah mereka. semoga mereka selamat di sana. Kuatkanlah hati mereka. Berilah kekuatan kepada keluarga mereka dalam menghadapi dugaan ini Ya Allah. Hanya kepadaMu kami memohon dan berserah.Ameen.
Post dibawah dicopy paste dari http://www.myfaheem.com/2011/01/terkini-krisis-di-mesir-keadaan-sebenar.html
[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRaza
k
Salam, terpanggil untuk berkongsi Krisis keadaan sebenar pelajar kita Mesir.Cikmin copy sebahagian artikel ni dari blog ariffshah.com.Mari sama-sama kita doakan agar pelajar-pelajar kita di Malasyia semuanya dalam keadaan baik...teringat kat Zida dari collen-kawaii.com, dia kan sedang belajar kat Mesir sekarang ni. :(
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar KitaJika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.- Nadia
Saturday, January 15, 2011
suara dengarkanlah aku
assalamualaikum...
blog ni adalah karya peribadi saya. tempat luahan hati saya. sebab saya tak reti nak cerita kat orang problem saya. saya agak segan dan tak mudah percayakan orang. kalau saya cakap kat orang saya jadi lagi isau. kadang2 sampai tak bole buat kerja lain.
malam ni saya rasa tension sangat. exam dah nak dekat. tapi saya xhabis revise lagi. saya rasa saya perlu bercakap dengan seseorang. tapi saya tak tahu nak cakap dengan sape. lepas tu ter detik kat hati satu benda yang memang saya elak selama ini. dan Alhamdulillah, Allah memang sayangkan hambanya. nasib baik saya cepat2 tersedar.
mungkin ini semua dugaan sebagai seorang perantau. mungkin ini dugaan pertama saya. sebab ramai senior cakap, duk kat sini kena kuat. dan saya xpernah sedar pun benda tu sebelum ni. dan inilah experience sy yang pertama.
saya kena kuat. saya bole. insyaAllah.
inilah suara hati saya.
blog ini akan jadi tempat saya mencurahkan rasa hati saya.
sebab xramai yang tahu kewujudan blog ni :)
blog ni adalah karya peribadi saya. tempat luahan hati saya. sebab saya tak reti nak cerita kat orang problem saya. saya agak segan dan tak mudah percayakan orang. kalau saya cakap kat orang saya jadi lagi isau. kadang2 sampai tak bole buat kerja lain.
malam ni saya rasa tension sangat. exam dah nak dekat. tapi saya xhabis revise lagi. saya rasa saya perlu bercakap dengan seseorang. tapi saya tak tahu nak cakap dengan sape. lepas tu ter detik kat hati satu benda yang memang saya elak selama ini. dan Alhamdulillah, Allah memang sayangkan hambanya. nasib baik saya cepat2 tersedar.
mungkin ini semua dugaan sebagai seorang perantau. mungkin ini dugaan pertama saya. sebab ramai senior cakap, duk kat sini kena kuat. dan saya xpernah sedar pun benda tu sebelum ni. dan inilah experience sy yang pertama.
saya kena kuat. saya bole. insyaAllah.
inilah suara hati saya.
blog ini akan jadi tempat saya mencurahkan rasa hati saya.
sebab xramai yang tahu kewujudan blog ni :)
"Ya Allah ya tuhanku, Engkau tabahkanlah hatiku ini ya Allah. kuatkan imanku. janganlah Engkau palingkan aku setelah Engkau memberi hidayah-Mu kepadaku. Lindungilah aku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan semua umat ISlam
Ameen
Ameen
Subscribe to:
Posts (Atom)







