Tuesday, May 29, 2012
Adakah saya termasuk dalam golongan tersebut?
Assalamualaikum wbt.
Jom kita tengok 7 golongan yang dijanjikan akan mendapat naungan daripada Allah di Padang Masyar nanti.
(Facebook: Lot Kubur)
7 golongan tersebut ialah (randomly tidak ikut turutan)
1) pemuda yang apabila perempuan cantik dan kaya mengajaknya untuk berzina tetapi ditolak
2) orang yang cintakan masjid
3) orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahunya
4) dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata
5) orang yang sentiasa ingatkan Allah jika disebut nama Allah maka akan mengalir air matanya mengingati Allah.
6) pemerintah yang adil
7) pemuda yang hidupnya sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT
Saya tidak akan mengulas tentang 7 golongan ini secara mendalam. tetapi saya nak kita sama-sama renungkan dan bermuhasabah diri.
Adakah kita tergolong dalam 7 golongan ini? Adakan hati kita sentiasa membuak-buak ingin ke masjid untuk mengerjakan ibadat. memang perempuan tidak digalakkan solat di masjid tetapi jika masjid mengadakan majlis-majlis ilmu adakah kita antara orang yang akan memeriahkan majlis ilmu itu? menjadi antara orang yang mengimarahkan masjid.
Adakah kita tergolong dalam orang yang melakukan kebaikan secara bersembunyi. tiada niat di hati untuk menunjuk-nunjuk. Adakah kita mendoakan sahabat-sahabat kita tanpa pengetahun mereka.
دعو ة المر ءالمسلم لأ خيه بظهر الغيب مستجابة عند رأسه ملك مو كل كلما دعا لأ خيه بخير قال الملك المو كل به امين ولك بمثل
Dari shahabiyah ummud Darda, bahawa Rasulullah saw bersabda, yang artinya ,” Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahasia dan tidak hadir dihadapannya adalah sangat dikabulkan. Disisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) : ,” Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang sepadan “, (Hr Muslim).
Seorang hamba yang mendoakan orang lain , dimana orang yang didoakan tidak mengetahuinya,menunjukkan bahwa dia berdoa dengan ikhlas. Karena keikhlasannya itulah , maka malaikat turut mendoakan balik kepada si pendoa itu. Bukankah itu suatu keberuntungan besar, kerena doa itu, dia didoakan oleh makhluk Allah yang suci yaitu malaikat. (http://idawanaziz.blogspot.co.uk/2011/01/kemuliaan-mendoakan-orang-lain.html on 29th May 2012).
Mungkin kita bukan pemimpin kepada sekumpulan manusia tetapi kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri. Setiap manusia adalah pemimpin kepada dirinya. Adakah kita sudah berlaku adil kepada diri kita? Adakah kita sudah memenuhi tuntutan rohani dalam diri kita? atau kita hanya memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. (mungkin tiada kaitan dengan apa yang dimaksudkan sebagai "pemimpin yang adil" tetapi saya sengaja menyelitkannya di sini). Tugas memilih pemimpin yang adil berada di tangan kita. nak tak nak kita kena pilih pemimpin kita sebab itu sudah menjadi tanggunajawab kita. Tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil dan mampu menegakkan Islam.
Adakah kita berkasih-sayang sesama kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Adakah perkenalan kita untuk mengingatkan satu sama lain tentang kebesaran Allah SWT? Adakah perbualan kita bersama kawan-kawan mampu menaikkan rasa takut kita kepada Allah SWT? Sama-sama kita renungkan.
Adakah hati kita berasa takut apabila mengingatkan Allah sehingga mengalir air mata kita? Pernahkah? Kadang-kadang berasa malu dengan diri sendiri sebab mampu menangis kerana benda yang remeh temeh tetapi tidak apabila mangingatkan Allah. Sesungguhnya mata kita akan menjadi saksi kita di akhirat nanti.
Adakah hidup kita banyak dihabiskan untuk beribadat? Atau kita lalai dengan kerja-kerja dunia. kerja-kerja dunia mampu menjadi ibadat jika kita melakukannya dengan niat kerana Allah semata-mata.
Sama-sama kita renungkan kembali. Adakah kita layak mendapat naungan daripada Allah SWT dengan keadaan kita sekarang?
"Ya Allah ya tuhanku, Engkau Maha Berkuasa. Engkau Pemilik alam ini. Engkau suburkanlah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan juga junjungan besar Nabi Muhamad saw. Engkau jadikan kami sebagai orang yang sentiasa mengingatimu. Engkau jauhkanlah kami daripada perasaan cintakan dunia. Engkau kuatkanlah kami Ya Allah. Janganlah Engkau palingkan kami setelah Engau memberi hidayah kepada kami. Matikanlah kami dalam iman Ya Allah. Engkau Maha Berkuasa Ya Allah lagi Maha Pengampun. Hanya kepadamu tempat kami bergantung harap. Ampunkanlah dosa kami."
Ameen
Labels:
pedoman dan usrah
Thursday, May 17, 2012
Siapa Nama Awak?
Assalamualaikum wbt.
Bayi dilahirkan sebagai kain putih. Yang mencoraknya adalah ibu bapa.
Tugas mendidik anak bukannya mudah. Salah satu tugas yang perlu diambil adalah pemilihan nama anak. Mungkin nampak enteng tapi sebenarnya agak berat. Pemilihan nama anak mestilah selari dengan ajaran Islam dan nama hendaklah mempunyai maksud yang elok dan tidak membawa maksud yang bertentangan dengan Islam. Contohnya nama anak Asmara. Saya tidak tahu apa maksud sebenar nama ini tapi secara generalnya semua orang tahu kot makna nama ni. nama ni bole memberi kesan buruk kepada anak tersebut semasa proses pembesarannya. biasalah budak2 suka mengejek nama-nama ni. Ni bole memberi kesan psikologi dan bole membawa kepada kes yang lebih besar iaitu buli.
Budaya membuli kat Malaysia memang tidak dinafikan agak ganas dan sekarang kes2 buli mungkinla tidak sehebat kes gejala pembuangan bayi. Tugas mendidik semakin sukar nampaknya.
Ok kita akan cakap pasal kes buli dan buang anak ni di lain masa kalau saya berkesempatan ^^
Kalau kat Malaysia zaman-zaman dulu letak nama anak berdasarkan alam. Contohnya Cempaka, Kemboja, Mawar. tu kalau perempuan. kalau lelaki pulak apa yer? Arjuna?? ENtahla. sy pun tahu.
Selepas itu nama-nama Arab mula digunakan. Menggunakan nama tokoh-tokoh Islam seperti nama-nama Nabi dan Rasul (Nama ayah saya Ibrahim)
Dan sebagai kenangan kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w, Nabi Muhamad kebanyakan lelaki menggunakan Muhamad sebagai first name. Perempuan pula Siti@Nur@Nurul. Tapi tak semuanya begitu.
Selepas itu nama semakin dimodenkan. Dan kalau dulu hanya de satu nama, budak-budak sekarang paling kurang dua nama dan paling banyak bole ada sampai lima nama! Banyak tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
nama pula dimodenkan contohnya..........apa ya? ntahla.
Yang terbaru ialah menggabungkan nama moden dan klasik. Contohnya Umar Harith, Sofiyya Khadijah. Macam-macam la sekarang.
Apa-apa pun nama yang diberikan pastikan nama tersebut membawa maksud yang baik dan kalau dipanggil anak-anak dengan nama tu sekurang-kurangnya nama tersebut menjadi doa kepada anak tersebut.
Labels:
buah fikiran,
cakap cakap
Wednesday, May 16, 2012
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum wbt.
Kita berjumpa lagi ^_________^
Selamat Hari Guru!!!
Saya Sayang cikgu saya sangat sangat sangat sangat!!!
Cikgu yang telah banyak membantu saya!
Ya Allah terima kasih atas kurniaanMU.
Besrsyukur kerana mendapat cikgu yang awesome ^_______^
Selamat hari Guru (^___^)
Subscribe to:
Posts (Atom)

