Mac 2013 tidak seperti bulan-bulan Mac sebelum ini. Sudah hampir penghujung Mac. April bakal menjelma.
1 Mac 2013
Mendapat email daripada universiti. Yuran pengajian belum dibayar oleh pihak sponsor. Lantas ku forwardkan terus email tersebut kepada pihak sponsorku. Terlupa untuk membalas email dari pihak universiti. Ku fikir hal ini boleh diselesaikan segera. Tidak perlu berhubung dengan pihak universiti. Biarkan sponsorku yang menyelesaikannya.
Beberapa hari kemudian, masih tiada sebarang perkhabaran dari pihak sponsor. Berasa pelik dan risau. Ku cuba telefon. Alhamdulillah ada orang angkat. Tapi bukan orang yang sepatutnya. Aku dimaklumkan bahawa puan yang bertanggungjawab menguruskan kami di perantauan ini sedang cuti bersalin. Hampa. Kecewa. Kalau aku tidak cuba menelefon hari ini mungkin mereka masih belum tahu keadaan aku di sini.
Lantas ku ceritakan masalahku di sini kepada pegawai yang baru tersebut. Pegawai tersebut mengatakan yang perkara ini akan disemak.
Seminggu kemudian
Tiada apa-apa perkhabaran daripada pegawai tersebut. Ku mengambil keputusan untuk menelefon sekali lagi. Alangkah kecewanya apabila pegawai resebut bertanya soalan-soalan seperti dia baru sahaja mendengar kisahku ini. Seolah-olah tiada langsung tindakan susulan yang dibuat selepas ku menelefon sebelum ini. Pegawai tersebut memberitahu akan disemak. Ku pegang kata-kata tersebut.
20 Mac 2013
Mendapat email daripada universiti. Kemudahan IT dan akses "smartcard" ku akan disekat bermula 25 Mac 2013 kerana tiada pembayaran dibuat.
Aku menghubungi pihak sponsor sekali lagi. Kecewa. Pegawai yang berhubung denganku sebelum ini sedang bercuti. Lalu aku bercakap dengan pegawai yang seterusnya. Beliau meminta untuk menghantar invoice kepada beliau. Setelah disemak, masalah berjaya dikesan, alamat yang dilampirkan salah. Invoice tersebut telah dihantar kepada badan tidak berkaitan oleh pihak universiti. Pegawai tersebut meminta untuk ditukar alamat.
Pihak universiti bertanya sama ada sponsorku akan menyegerakan pembayaran memandangkan mereka sudah mendapat invoice. Ku menjadi orang tengah. Pembayaran tidak dapat dilakukan kerana invoice bertarikh pada tahun 2012. Mereka memerlukan invoice yang bertarikh pada tahun semasa iaitu 2013.
27 Mac 2013
Mengorak langkah ke bahagian kewangan unversiti. Lega rasa hati dengan layanan receptionist kt situ. Beliau menghubungi orang yang selama ini berhubung denganku. Ku sangka dapat berjumpa dengan orang itu. Tetapi tidak. Ku diberitahu bahawa beliau sudah menghantar invoice yang baru yang sudah diubah dab dibetulkan kepadaku semalam. Sedangkan aku tidak menerima apa-apa email. Rupanya invoice itu dihantar ke email universiti di mana ku tidak lagi boleh mengakses email universiti sehinggalah bayaran penuh dibuat. Sejurus selepas itu aku terus menghantar invoice tersebut kepada sponsorku dengan harapan bayaran boleh dibuat seberapa segera.
Ku bertekad untuk tidak tidur awal malam ini sebab mahu menelefon sponsor sejurus pejabat dibuka. Tetapi mata tidak mampu melawan. Pukul 10.40malam sudah mula menutup mata dengan harapan akan bangun pada pukul 11malam. Alhamdulillah berjaya bangun. Tetapi hanya sekejap. Ku kembali menutup mata.
28 Mac 2013
4.30pagi. Ku menelefon sponsor. Hampa. Invoice yang dihantar semalam tidak diterima oleh mereka. Lalu ku forwardkan sekali lagi. Ku diberitahu yang pembayaran mungkin mengambil masa 14 hari bekerja. Ia terlalu lama. Pembayaran mesti dibuat sebelum 5 April 2013. Ku diminta untuk memaklumkan pihak universiti akan kelewatan ini. Setelah memaklumkan pihak universiti, aku terfikir-fikir untuk memaklumkan hal ini kepada ketua jabatan sponsorku. Penat berfikir, ku tertidur. Setelah bangun ku nekad. Ketua Jabatan harus diberitahu. Mungkin ini boleh mempercepatkan proses pembayaran. Lalu ku mula mencari-cari email ketua jabatan itu. Alhamdulillah. urusanku dipermudahkan. Segera ku mengarang email. HANTAR!
9.19pagi (UK)
Masih tiada balasan daripadan Ketua Jabatan. Tidak seperti pegawai di sini yang akan segera membalas email. Ku berkira-kira untuk menelefon. Tetapi waktu pejabat sudah hampir ditutup. InsyaAllah ku akan telefon esok.
Ku Kecewa Dengan Mereka
Berdasarkan pengalaman ku dengan mereka sepanjang Mac 2012 ini, keyakinanku kepada mereka sangat kurang.
Ku hanya mampu berharap kepada Allah SWT. Memang hanya Allah tempatku bergantung.
Semoga Allah memudahkan urusanku dan mereka.
Semoga aku mampu menghabiskan pengajianku di sini dengan jayanya.
"Ya Allah, bantulah hambamu ini ya Allah. Berikanlah ketenangan itu kepadaku dalam menghadapi masalah ini ya Allah. Aku yakin padaMuYa Allah. Berikanlah kemudahan kepadaku. Hanya kepadaMu aku berharap. Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung"
Amin