Saturday, May 11, 2013

Why should i take two?

Assalamualaikum wbt.

Hari ni Teachers' Day Out. Semua guru sekolah balai yang berminat keluar untuk High Rope Course di Beamish Wild.

Teringin sangat nak pergi.
Tapi apakan daya
Terpaksa lupakan hajat
Kena dahulukan benda yang lagi penting

Selepas rasa penat sgt dan tak mampu lagi nak teruskan di Fell Cluster, ku membawa diri ke City Centre.
Ada barang nak kena beli jugak sebenarnya,.
Kena keluar cepat2 sebab takut kedai tutup
Kedai kat UK tutup awal.
Pukul 5 dah tutup.

Tengah berjalan-jalan tu, ada sekumpulan orang distribute flyer.
Baca-baca jer
 "No to Islamic Extremism in Newcastle"
Berderau rasa. Tiba -tiba rasa cuak nak jalan2 kt city centre.

Sebenarnya bila baca balik flyer tu tak ada apa2 pun.
Mereka cuma tak puas hati dengan city council dan takut dengan extremist Islam.
Apa yang dimaksudkan dengan extemist itu wallahualam.

Tetapi sebagai muslim, benda yang paling kecik kita bole buat ialah tunjukkan akhlak yang baik.
Mungkin dengan akhlak yg baik lagi mulia itu mampu membuka pintu hati orang ramai untuk lebih mengenali Islam. InsyaAllah.

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Tapi pastikan apa yang kita sampaikan itu adalah sahih dan betul.

Tadi ada seorang lelaki hulur flyer tu lagi.
"I got one already."
"Take one for your husband."
"I don't have a husband."

Flyer tu terbang dibawa angin

Dalam hati "WHy should I take two if I have a husband? We can share. That's what husband and wife should do right? Hehehe"

Ok. itu gatal ke?