Thursday, January 12, 2012

Jangan izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.



Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..



dipetik daripada iluvislam.com
nukilan
Aredee Nawawi merupakan mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi di Universiti Putra Malaysia. Bagi beliau Penulis adalah pendakwah, pendidik dan pemimpin bagi masyarakat dengan syarat dia memimpin dirinya terlebih dahulu.. Beliau berkongsi karya di http://nurkembarasufi.blogspot.com/.

Monday, January 2, 2012

Winter, Fuiyo, Demam

Assalamualaikum wbt

Winter break dah nak habis pun. tinggal beberapa hari je lagi sebelum start belajar balik. seminggu lepas tu EXAM!!!

"Semoga Allah mempermudahkan urusan hambaNya ini"

Dan sekali lagi pada tahun ni saya ke FUIYO! tapi kali ni bukan sebagai peserta tapi sebagai fasi ^___________^

banyak yang saya belajar apabila jadi fasi ni. bukan mudah nak jadi fasi. perlukan persediaan yang betul2 mantap. nasib baiklah kakak partner tu saya hebat dapatlah cover segala kekurangan saya. InsyaAllah. Tapi saya banyak belajar benda baru bila jadi fasi ni. Rasa sangat2 bersyukur. Alhamdulillah (^_^)

Lepas tu saya pergi melawat kawan saya di exeter! exeter best sebab ada masjid yang masjid kat malaysia. kawan saya cakap kat situ tak ramai muslim tp mereka dapat satu masjid yang sangat lawa. siap ada lift lagi untuk orang2 kurang upaya. tapai hati tu kami guna jer lift tu. sampailah orang yang jaga masjid tu tegur kami...hehehe..dahlah masuk ikut pintu muslimin :p

tapi yang tak bestnyer :( lepas berjalan sekali lagi saya ditimpa kesedihan. ujian daripada Allah untuk menghapuskan dosa- dosa kecil saya sebelum tahun baru masihi bermula. DEMAM. Hilang deria rasa. perut kelaparan tapi tak mahu makan. akhirnya membiarkan sahaja perut dimasuki angin.huhuhu

tiba-tiba teringat winter break tahun lepas. mak saya menangis sebab risau dan senior saya buatkan sup untuk saya :) tapi senior tu dah balik malaysia :(

apa2 pun saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat senior saya tu..

a lot of love from newcastle :)