Thursday, March 18, 2010

jom kiasu!!!!!

assalamualaikum...

sekarang ni kolej sedang bercuti selama dua minggu. seminggu lepas kolej buka nanti, aku akan menduduki peperiksaan trial. takut pula rasanya. tapi aku rasa sepanjang cuti selama hampir seminggu ini, aku tidak menggunakan cuti aku ini dengan sebaik0baiknya. rasa malas pula nak study. kawan aku pernah cakap kalau nak study masa cuti, kita kena manfaatkan dua tiga hari sebelum cuti dengan menelaah pelajaran. insyaAllah nanti kita akan rajin mengulangkaji masa cuti nanti. aku pernah cuba. tapi terbalik sikit. aku kiasu masa seminngu sebelum cuti sem habis. alhamdulillah, datang kolej aku jadi kiasu sangat sampai kawan-kawan aku takut tengok aku. tapi itu hanya bertahan dua tiga minggu je. mungkin sebab terlalu banyak sangat kerja luar aku jadi lalai. tapi aku tak boleh salahkan benda tu je. mungkin ia berpunca dari sikap aku sendiri.
TAK ADA SESIAPA YANG MAMPU MENGUBAH AKU JIKA BUKAN DIRI AKU SENDIRI. InsyaAllah aku akan cuba mengubah diriku untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah. You can do it.

"Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini. hanya engkau yang Maha Mengetahui"

Sunday, March 14, 2010

susahnya jaga anak....

salam...

hari tu masa nak balik kolej aku terserempak dengan dua situasi berbeza yang kedua-duanya mendatangkan perasaan berbeza kepada aku...

situasi pertama..
semasa menunggu untuk menaiki kereta api di KL Sentral, aku terlihat seorang budak lelaki dalam lingkungan umur lima tahun yang pada pandangan aku agak hyperactive,Wallahualam..
ibunya kelihatan agak tertekan dengan sikap anaknya dan melayan anak tersebut dengan agak kasar. aku merasa agak sedih melihat situasi ini tapi ibu tersebut tidak boleh dipersalahkan terus.

situasi kedua....
semasa di dalam kerera api, aku ditakdirkan duduk bersebelahan dengan dua beranak yang kelihatan agak mesra sekali. budak lelaki yang berumur empat tahun itu sangat petah berkata-kata. aku mengagumi ibu itu yang menjawab setia soalan anaknya dengan tepat dan lembut. tidak pernah aku dengar perkataan yang kasar keluar dari mulut ibu itu.

dua situasi berbeza dalam melayan anak-anak yang berbeza karakter. aku tidak tahu sama ada aku patut memandang sinis akan ibu dalam situasi pertama. aku tidak berada di tempatnya dan aku tidak tahu gejolak perasaan yang dialami olehnya. tapi aku sedikit berbangga kerana ibu ini masih sabar melayan kerenah anaknya. ibu memang seorang yang mulia.

aku lebih marah dengan ibu-ibu muda yang dengan sewenang-wenangnya membuang anak mereka dan ada yang sampai sanggup membunuh. mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa memikirkan kesannya. Kepada Allah aku memohon agar diri ini dan rakan-rakanku di luar sana dilindungi daripada segala perbuatan yang tidak bermaruah ini.

"aku memohon kepadamu Ya Allah agar Engkau tidak memalingkan aku setelah Engkau memberikan hidayah-Mu kepadaku. Ameen"

semoga aku dapat menjadi ibu mithali seperti ibu di dalam situasi pertama suatu hari nanti:)

Thursday, March 4, 2010

beginner

assalamualaikum...

dah lama teringin nak berblog..akhirmya tercapai juga hasrat di hati..
blog ini hanya untuk suka-suka dan berkongsi pengalaman.i am just a beginner. nanti nak tulis banyak-banyak dalam ni.hehe...untuk suka-suka je la..orang kata syok sendiri pun tak pe..saja nak berkongsi pandangan dengan orang dan nak meluahkan apa yang terbuku di hati..maklumlah i am a secretive person:)

salam jumpa lagi.