Tuesday, September 28, 2010

hari pertama

assalamualaikum...
this is my 1st post after arriving newcastle.
sekarang di uk pukul 3.21 pg dan ak xdapat tidur sebab aku jetlag. td rs mengantuk sgt.
perasaan aku ni pulak entahlah. kadang happy n kadang2 sdey dan takut.
betul ke keputusan aku untuk belajar kat sini. masa dengar briefing pak cik botak tu aku rasa takut sangat.
macam serius jer. macam susahjer belajar kat sini.
macam mana ni.
lepas jumpa pak cik botak jumpa plak tutor ak. nama du peter garson. kter pggil dy pak cik janggut sbb janggut dy panjang. macam janggut tok janggut (cam pernah jumper jer..hehehe). pak cik ni lg la buat ak takut bila dy ckp psl student fail. Ya Allah tolonglah aku..permudahkan urusan aku.
bila jer siap briefing personally ngan dorg semua (sbb sampai lewat kat newcastle) terus pergi town.
tgk bandar dorg. lawa!!!!tapi hujan emas di negeri orang hjan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. eh salah2 pergi register dulu n amek smartcard n alhamdulillah semuanya berjalan lancar n i am officially one of the community of the Newcastle University.

tu je la ari ni kot. nk kena baca paper2 yg org2 tu bagi sebab nak kena pilih module by today jgak..huhuhu

so see you later. bye.salam.

"Ya Allah aku bersyukur atas segala kurniaanMu kepadaku. Hanya Engkau yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Kuatkanlah imanku dan kuatkanlah semangatku.
Hanya kepadaMu tempatku mengadu"

Ameen

Sunday, September 19, 2010

mereka yang menyokong

assalamualaikum..
entah kenapa ari ni rasa nak menulis. lagi seminggu nk fly g uk.
xtaw rasa apa. tapi dah rasa homesick sikit2. maklumlah hampir 3 bulan duk rumah. tinggal dengan adik, mak. sayangnya ayah dah tak ada. kalau ayah ada mesti dia orang paling gembira sebab anak dia nak sambung belajar kat uk. mesti heboh satu kampung dia canangkan. petang2 mesti ayah sibuk bercerita kat kedai kopi pasal anak dia. bukan niat nak berbangga tapi biasalah perasaan seorang ayah apabila anaknya berjaya. aku berasa sedikit terkilan sebab ayah tak sempat tengok semua ni. tapi aku tahu dan yakin ayah mengetahui perkembangan diriku ini dari sana dan mungkin ayah mendoakan aku dari sana. entah kenapa hari ni aku rasa sangat rindukan ayah. aku berasa gembira melihat senyuman ayah. mungkin kerana ayah seorang yang jarang senyum dan agak serius. jadi apabila ayah tersenyum ia menandakan satu kemenangan. (sebab tu lah aku nak cari suami yang susah senyum...hehehe). aku ingat lagi ayah pernah pukul aku sebab rosakkan tanaman jering yang dia tanam. aku juga pernah kena pulas telinga sebab terkejar-kejar nak makan depan tv lepas tu terijak tangan ayah. tu la sape suruh makan depan tv. taksub sangat ngan tv. aku berjanji dengan diri aku yang aku mesti belajar bersungguh-sungguh dan tidak buat perkara yang akan mendatangkan keburukan pada keluarga aku dan arwah ayah aku. bukankah setiap perbuatan kita di atas dunia ini akan mendapat balasan di akhirat kelak. bukan jer aku, arwah ayah aku pun akan kena sekali. orang cakap kalu aku buat jahat atas dunia ni nanti ayah aku akan terima bungkusan yang busuk di alam sana. kalau aku buat baik ayah aku akan dapat bungkusan yang wangi. orang cakap kubur sebelah kubur arwah ayah tu kubur budak kecik. budak kecik mesti la tak banyak dosa dan mungkin juga suci bersih. untungkan budak tu. aku sayangkan arwah ayah aku. tapi aku tak pernah cakap kat dia. itulah manusia bila jauh baru nak cakap sayang kat orang tu. tapi aku betul sayang kat ayah aku. aku ingat lagi aritu masa aku masih lagi di sekolah menengah rendah. selau\lunya sebelum pergi sekolah aku akan salam dan ciutm tangan arwah ayah aku.tapi ari tu aku salam, cium tangan dan cium pipi ayah. mesti ayah pelik tapi ayah senyap jer. lepas tu aku terus naik basikal pergi sekolah. seingat aku itu kali pertama aku cium ayah aku bila aku dah beasr sikit. yang lain2 aku tak ingat. dan kali terakhir aku cium arwah ayah ialah sebelum jenazah ayah dikebumikan. tapi semuanya dah terlambat. aku tak boleh cium ayah lagi. kalu ada la sape2 yang baca blog aku ni tunjuklah kat parents kita yang kita sayang. aku kadang2 rasa bersalah sebab aku rasa aku selalu berkasar dengan ma n ayah. aku cuba kawal tapi kadang2 terkasar jugak. aku rasa bersalah sangat. tapi tak tahu macam mana nak minta maaf. aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak minta maaf dengan family sendiri tapi kalu dengan kawan2 senang jer nak minta maaf. hari tu aku pernah guna cara ni. aku rasa bersalah kat kakak aku ni. pastu aku hantar mesej kat dia ckp aku minta maaf kalu kau ade menyakitkan ati dia. kat adik beradik aku yang lain pun aku hantar. pastu kakak-kakak aku reply tanya kenapa. aku pun cakap sajer muhasabah diri sebelum tidur. hehehee...abang aku pulak tanya esok exam ke....de ke patut. aku gelak sorang. apa2 pun aku memang vsayang kat family aku. mereka dah banyak tolong aku. bagi sokongan kat aku. aku tak tahu macam mana hidup aku kalu tak de mereka. Tapi aku harus ingat yang Allah sentiasa ada di sisi aku. aku bersyukur sangat sebab dikurniakan family yang macam tu walaupun mulut aku ni selalu jer sakitkan hati mereka. tapi mereka selalu tolong aku.

I love my family!!!!!!

Ya Allah ya tuhanku, Engkau peliharalah kami sekeluarga. Engaku lindungilah kami sentiasa. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. hanya kepadaMu kami bergantung harap dan hanya kepadaMu kami berserah.

Ameen.

Saturday, September 18, 2010

masa berlalu begitu pantas

assalamualaikum...

hari ni 10 syawal...
kejap jer masa berlalu..
tanpa sedar pejam celik pejam celik, umur saya hari ini sudah 20 tahun 8bulan. dah nak masuk 21tahun. kejap jer. rasanya ari tu baru jer masuk tingkatan satu kat sekolah kube bembe.
kat sekolah tu saya dapat kawan yang saya rasa paling cocok sekali selama saya hidup ni :)
rindu kat kawan2. anis, lyn, irra, ha, fana, miramawi, na, farzana, madiha, syu, n rmai lagi la.
sekolah tu memang best. cikgu2 pun best. rasanya pelajar kat situ paling bertuah. cikgu2 tersangat la caring. semua cikgu sporting. kalau boleh nak masuk sekolah tu lagi. kalau la sistem pendidikan kat malaysia ni buat universiti saluran kat best. maksudnya budak sekolah ni pergi uni ni. kalaula kan.
tapi tak bole jugak. nanti lingkungan kawan2 tak ramai. bila masuk kyuem baru kenal pelbagai latar belakang manusia. baru tahu tinggi rendahnya langit. walau apapun hidup mesti diteruskan dan perubahan sentiasa terjadi. kita harus bersedia setiap masa agar kita menjadi insan yang sentiasa redha dan bersyukur.

"Ya Allah ya tuhanku, engkau tetapkanlah imanku, ibuku,saudara-saudaraku dan seluruh mukmin di muka bumiMu ini. Janganlah engkau palingkan kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami"

Ameen.................

Sunday, September 5, 2010

uk!

salam
ari jmaat ni dh raya..
tggal beberapa ari lg aku akn berangkat ke uk.
sedih jugak rasanya
entah la aku tak taw apa presaan aku sebenarnya.
rindukan kawan-kawan gak
kalau bole aku nk fly sama2 ngan dorg
tp xde rezeki nk wat cmner
doa2kan yang terbaek untuk mereka.