Tuesday, August 16, 2011

membaca jambatan ilmu

Assalamualaikum

Ingat tak dulu saya ada cakap pasal buku yang nak dibaca semasa cuti tiga bulan ni?? (bajet de orang baa jer blog ni..huhuhu..perasanlah awak ni..saya bercakap dengan diri sendiri okeh!!!)


dah lama dah habis baca buku tu. lepas tu saya akap nk buat review kn..tapi saya tak tahu cmner nk review buku. yang saya tahu dua buah buku ni memang menarik.

selama ini saya tak tahu apa itu ilmu hadis. buku ini sangat ringkas dan sesuai untuk orang macam saya ni yang baru nak kenal ilmu hadis. maklumlah saya bukan budak sekolah agama. jadi bahan bacaan yang agak ringan ini lah yang sesuai untuk saya yang baru nak belajar. proses untuk mendapatkan hadis yang sahih memang tersusun dan agak rumit. saya kagum dengan mereka yang terlibat dalam kerja2 mengumpul hadis ini.


buku seterusnya adalah buku Sirah. buku yang menceritakan tentang tokoh perkembangan Islam di Andalusia. siapa lagi kalau bukan Tariq bin Ziyad. Buku yang saya beli ni edisi jimat :p. tapi tak pe yang penting isi dia mantap. buku ni memang best. lebih2 lagi saya pernah pergi ke Andalusia. jadi apabila saya baa buku ni, saya dapat bayangkan tempat-tempat tu sekali walaupun pada masa tu keadaan kat sana lain dengan sekarang.

Fakta menarik: Gilbratar kawasan takluk UK merupakan tempat pertama dijejaki Tariq bin Ziyad sebelum meneruskan misi beliau di kawasan Sepanyol yang lain. Nama Gilbratar berasal daripada perkataan Jabar Tariq.


keseluruhannya kedua-dua buku ini sangat m,enarik dibaca dan tak rugi dibeli :)

misi saya seterusnya nak beli buku-buku ini pula

dengar-dengar citer buku ni menarik

untuk upgrade solat sesuai dengan usia yang semakin meningkat. semoga Allah permudahkan

dah lama teringin buku ni

nnati akak ku cari kesemua buku itu. insyaAllah =)

Memetik status kawan Atikah M. Sukor di fb

‎"Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majlis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka. "
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah) ..ikhlaskah hati ini....



"Semoga hati ini ikhlas hanya keranamu Ya Allah"

Amin