Thursday, November 22, 2012

Ujian Hidup

Assalamualaikum wbt ^^

Dah 2 bulan lbey kembali ke newcastle. dah lama tak update blog. rasa malas sangat dan busy sbg final year student (kononnyer). i got many things to do actually. but i'm a normal girl

PROCRASTINATION IS MY BEST FRIEND!!

trying to avoid it now.

dalam 2 bulan lebih ni mcm2 jadi. kadang2 rasa nk balik malaysia. tak nak belajar. nak duduk jer kat umah. keje kat umah. but this is a REALITY! i need to face it. hanya pengecut yang lari dari kebenaran (saya akui saya mmg penakut).

final year project
assignment
lecturer yg tak taw kenapa buat perangai tu
tugasan2 luar
fateh
berita yg xdiundang

begitulah hidup ini. setiap orang de masalah masing2 dan Allah dan letakkan yang terbaik untuk orang tu. Allah tak akan membebankan hambanya jika hamba itu tak mampu untuk memikulnya.

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

kalau dipikirkan balik apa sangatlah beban yang Allah bagi ni. tidaklah seberat org lain. malu untuk mengadu atau bercerita psl masalah sendiri kat kawan2 sbb taw tugasan dan beban yang mereka tanggung lagi besar. insyaAllah semua boleh dihadapi dengan tenang dan tabah (saya kan gadis yang kuat!! hehehe). dah biasa hidup susah masa kecik jadi insyaAllah semua akan okay. 

owh de satu hadis Rasulullah saw psl ni


Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)

ok tu jer untuk malam dan hari ini.

post ini diketek-ketek ketika otak tidak mampu berfungsi untuk menyelesaikan assignment GENOMICS.

kalau ada yang baca post ini (kalaula ada) doakan saya dapat menghadapi final year ini dengan baik dan cemerlang lagi excellent.

Wassalam ^^




Wednesday, August 1, 2012

Insurans!

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini agent insurans call. lama die promote insurans die. rasa tak sampai hati nk putuskan talian. tak sampai hati jugak nak biarkan dia bercakap lama-lama if in the end saya tak beli insurans die.

                                                                DILEMMA!


pastu die ckp nnti akan potong duit dlm bank monthly RM32.90.

                                                                what!!

 memangla murah. But I never said "yes" during that conversation. then saya ckp kt die

"saya tak cakap pun saya setuju nak insurans tu" orang insurans biasala kan akan tny balik

"apa yang buat cik nurul tak nak terima insurans ni?" mula la terpikir-pikir nak cakap apa

 "saya student, saya kena bincang dgn mak saya dulu lgpun abg saya pun jual insurans".

 "owh cuber cik nurul tanya abg cik nurul bpe cik nurul kena byr kalau amek insuans abg cik nurul, insurans kamilah yang offer bayaran rendah untuk student. lagipun insurans abg cik nurul tu hanya cover untuk kemalangan jer".

"saya ni orang islam so saya nak pastikan benda tu xde riba"

 "saya faham cik nurul saya pun orang islam jadi saya akan jual yang bebas riba kat cik nurul. kalau de riba mmg sy xjual kt cik nurul saya akan jual kat orang cina"

 "tapi kalau de riba kita still xbole jual kat sape2 pun even bukan islam. kita tak boleh terlibat langsung"

"tak la team saya tak amek polisi yang de riba tu. team kami hanya mengambil polisi yang sesuai dijual kepada orang melayu. jangan risau kami memang xjual apa2 yang berkaitan dengan riba"

 "saya rasa macam saya dipaksa sekarang ni. boleh tak bagi saya masa? lagipun kalau ***** bank ni kt kb de so sy bole je g kb kalau tiba2 saya nk insurans ni"

 "ni bkn ***** bank cik nurul, ni ***** insurans"

 (owh2 tersilap dgr, tp xkisahla sy mmg xnak amek insurans tu pun) "sebenarnya mcm ni saya belajar kt uk semua duit saya dimasukkan ke bank di uk so macam mana saya nak amek insurans ni"

agaknye orang tu pun dah fed up. "ok cik nutul saya faham....(tak ingat apa yang dia cakap lepas tu)"

 "saya minta maaf kalau de salah silap. selamat berpuasa. assalamualaikum".

 "waalaikumussalam" terus agent tersebut memutuskan talian.

rasa bersalah jugak. kalaula dari awal cakap xnak. nk dekat 33minit jugak dia bercakap tadi. die ramah orangnya. insyaAllah die seorang yang baik. saya rasa bersalah!

Semoga Allah SWT memurahkan rezeki beliau dan memudahkan urusannya. Amin.

maafkan saya kalau saya agak berkasar tadi :(

(dialog bukan 100% sama dengan conversation kami tadi, xdela saya nk igt setiap patah perkataan even i hope i can rember every single word)

menjadi pengajaran buat saya.

saya tahu kepentingan insurans. memang bercadang untuk mengambil insurans.

Wednesday, June 27, 2012

Body Shop in this Blog

Assalamualaikum wbt. 

Bismillahirrahmanirrahim :)

Saya yakin dan pasti ramai peminat Body Shop kat luar sana ^____^. Body Shop ni kay Malaysia memang mahal. Body Shop adalah jenama daripada UK. Sebab itulah kat UK harganya jauh lebih murah. Founded by  Dame Anita Roddick since 1976 in the UK. 

Saya telah membawa pulang beberapa barangan Body Shop untuk dijual kepada kawan-kawan di Malaysia. Sekadar untuk test market. jadi yang saya bawak balik hanyalah body lotion dan body shower gel yang hanya berisipadu 60ml. Jikalau sambutan menggalakkan pelbagai variasi lagi akan dibawa pulang pada tahun hadapan ^_^.

1) Strawberry Puree Body Lotion (60ml)
Lightweight cooling moisturisation. Suitable for normal skin type.
RM9.00

2) Coconut Milk Body Lotion (60ml)
Lightweight moisturisation with Community Trade organic virgin coconut oil. Suitable for normal or dry skin.
RM9.00

3) Mango Whip Body Lotion (60ml)
Velvety moisturisation. Suitable for very dry skin.
RM9.00

4) Shea Whip Body Lotion (60ml)
Velvety moisturisation. Suitable for very dry skin.
RM9.00




Set 1- Japanese Cherry Blossom
1) Shower Gel - leaves your skin feeling cleansed, refreshed, and soft with a whisper of Japanese cherry blossom fragrance.
2) Body Lotion - Softens, smooths and hydrates the skin with a Japanese cherry blossom fragrance.
3) Coral Bath Lily - A gently exfoliating lily able to remove dead skins. It leaves the skin feeling soft and smooth.
RM25.00 per set


Set 2 - Moroccan Rose
1) Shower Gel - It leaves skin cleansed, refreshed and with a delicate perfume.
2) Body Milk - It leaves skin subtly scented with the ultra feminine and unique Moroccan Rose fragrance.
3) Pink Bath Lily - A gently exfoliating lily able to remove dead skins. It leaves the skin feeling soft and smooth.
RM25.00 per set

The price is negotiable. You can contact me for details at 
+60135317505 
daglass_slippers@ymail.com
Facebook : Aqiedah Ibrahim
Twitter : qiedibrahim29

^_______________^



Wednesday, June 20, 2012

Dejavu di Kinabalu; Butterfly ^^

Assalamualaikum wbt.

First time sy tgk promo cter ni, sy dah rasa "wah mesti cter ni best" 
Pastu tgk 1st episod mmg sy tertarik dgn cter ni. Jatuh hati dgn kinabalu sebenarnya. rasa nak pergi sana! alangkah bestnyer kalau dapat pergi sana suatu hari nanti. sekarang ni rasa nak berjalan jer.

Lepas tu 2nd episod br perasan lagu ost die ni. tajuknyer BUTTERFLY!!!!!
lagilah happyyyyyyyyyy
"Butterfly is a Lepidoptera" ok ^^


tapi yang xbestnyer cter ni kul 7! waktu2 maghrib! manalh sesuai nak tengok tv.
kadang2 xfaham stesen2 tv di malaysia ni. cter2 yang besta yg dorg letak time2 cmtu. yg xbestnyer lg bila letak kuliah2 agama masa tu. masa ni org tgh bersiap nk maghrib, nk g smayang maghrib, lagipun waktu maghrib kejap jer. buatkah waktu perdana puku 9 ke. kalau buat2 bacaan zikir, selawat time2 maghrib tu xpe gak.

Hanya cebisan pendapat dari saya.
Nampak agak longgar sedikit sebab xde fakta :p

Sunday, June 17, 2012

Me and Cooking


Assalamualaikum wbt. ( ^___^)

         Kali ni saya nak bercerita pasal masak-masak. Frankly speaking i am not a good cook. and i do not know how to cook before as i rarely do it at home. i am a very lazy daughter! poor my mom :(

         Tapi sejak duduk jauh dari ma dan pergi belajar dekat negara yang memang tidak mengeluarkan makanan yang completely memenuhi selera tekak saya maka saya telah belajar memasak sikit-sikit. Nak survive kan. the survival of the fittest to keep lives in the Earth with the help and rahmat from Allah SWT :) Thanks Allah ^^

        Yang bestnyer bila duduk kat UK ni barang nak buat desserts sangatlah senang nak dicari dan reasonable kalau nak compare dengan Malaysia. Saya sangat berharap harganya di Malaysia tidaklah terlalu mahal. nanti bolehla saya bagi family saya rasa kan.

       Saya tak pandai masak main dishes. Memang tak reti. Setiap minggu asyik rotate masak resepi sama jer. Maaflah housemate ku sekalian. Saya tak berupaya. Mungkin saya boleh tapi saya malas nak mencuba. Need to change!!!! Takkanlah nanti dah kahwin nak bagi makan juadah sama je kan setiap minggu...

Dan hasilnya inilah yang telah saya belajar ^^

lupa plak yang ni saya buat ngan mok su ke saya buat sorg2. rasanya ngan mok su kot sbb yg sy buat sorg xmenjadi sangat. saya selalunya belajar masak dengan mok su. jarang belajar dengan ma. sebab segan. ni apam polka dot. nabilah ngan iiman mintak buat kat newcastle tapi masalahnya kak reen cakap kat newcastle xde jual benda tu yang nk bg apam ni gebu .saya lupa apa nama die tapi warna die kuning.


Caroot cake?? sebenarnya carrot cake! hihi dah jadi macam "karut" cake plak..hihi..kek ni  dibuat atas permintaan Dya, junior KY di Newcastle. takut gak sebenarnya nak buat bagi Dya rasa. Maklumla Dya ni expert buat kek ni. tapi saya cuba gak la. Kebetulan hari tu ajak Dya, Tikah Sukor dan Kak fini datang makan kat umah. kenala de dessert gak. hasilnya alhamdulillah ^_______^

yang ini guna yg instant punya yer..hihi..jangan tertipu :p

puding roti! ma memang pakar la masak puding roti ni! ingat lagi masa  khatam quran abe ngah. ma buat puding roti semua orang puji. sedapppppppppppp.... saya pun cubalah buat puding roti ni kat Newcastle. Tapi tak sama macam ma buat. saya ingatkan puding roti saya tu normal dan ok jer. bila balik umah dan citer kat ma, ma cakap salah. sepatutnya kena gaul2kan roti dengan liquid tu. maaf yer housemates 236 Stanton. Salah sebenarnya selama ni. Puding roti ni dibuat untuk menghabiskan roti yang dah expired^^

moist chocolate cake yang dibuat sebelum pergi Birmingham. untuk bekalan kami di atas train dan untuk tuan rumah. KNI dan kawan2. cake nk terlalu mampat sebab die xdpt nk mengembang dlm periuk kukus yang kecik itu.


red velvet cake yang dibuat untuk menyambut kedatangan budak2 York ke Newcastle sempena Kursus Pra-Perkahwinan Newcastle. Dibuat atas permintaan Sab. kalau tak memang takkan buatla kek ni ^^

roti telur semua orang bole buat! tapi ni la yang selalu saya masak  masa kecik2 dulu. masa2 puasa nak bukak puasa sayalah yang membuat benda ni. dlm bulan puasa tu mesti buatlah roti telur ni. boleh dimakan untuk bukak puasa dan juga selepas balik terawih. selalunya habis lepas balik terawih. tak pun untuk orang2 yang tak lalu nak makan nasi masa sahur. banyak kegunaan ni..hihihi



          Itulah yang telah saya belajar selama ini. perkara normal untuk orang yang baru belajar masak untuk amek gambar hasil masakan dan upload di facebook. tp saya jarang upload kt fb. dan pada bulan 9,10,11 nanti akan banyakla gambar2 makanan dari junior yang br fly. dah jadi trend agaknya. baru belajar masak la katakan. saya dulu pun macam tu jugak. 

       Bersyukurlah kita diberi nikmat oleh Allah dan rezeki yang yang melimpah ruah. Kesian kat orang-orang yang tidak cukup makan dan tak dapat makan macam kita. jangan membazir yer ^^.


Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah (^_^)



Tuesday, May 29, 2012

Adakah saya termasuk dalam golongan tersebut?


Assalamualaikum wbt.

Jom kita tengok 7 golongan yang dijanjikan akan mendapat naungan daripada Allah di Padang Masyar nanti.
(Facebook: Lot Kubur)

7 golongan tersebut ialah (randomly tidak ikut turutan)
1) pemuda yang apabila perempuan cantik dan kaya mengajaknya untuk berzina tetapi ditolak
2) orang yang cintakan masjid
3) orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahunya
4) dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata
5) orang yang sentiasa ingatkan Allah jika disebut nama Allah maka akan mengalir air matanya mengingati Allah.
6) pemerintah yang adil
7) pemuda yang hidupnya sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT


Saya tidak akan mengulas tentang 7 golongan ini secara mendalam. tetapi saya nak kita sama-sama renungkan dan bermuhasabah diri.

Adakah kita tergolong dalam 7 golongan ini? Adakan hati kita sentiasa membuak-buak ingin ke masjid untuk mengerjakan ibadat. memang perempuan tidak digalakkan solat di masjid tetapi jika masjid mengadakan majlis-majlis ilmu adakah kita antara orang yang akan memeriahkan majlis ilmu itu? menjadi antara orang yang mengimarahkan masjid.

Adakah kita tergolong dalam orang yang melakukan kebaikan secara bersembunyi. tiada niat di hati untuk menunjuk-nunjuk. Adakah kita mendoakan sahabat-sahabat kita tanpa pengetahun mereka.

دعو ة المر ءالمسلم لأ خيه بظهر الغيب مستجابة عند رأسه ملك مو كل كلما دعا لأ خيه بخير قال الملك المو كل به امين ولك بمثل
Dari shahabiyah ummud Darda, bahawa Rasulullah saw bersabda, yang artinya ,” Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahasia dan tidak hadir dihadapannya adalah sangat dikabulkan. Disisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) : ,” Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang sepadan “, (Hr Muslim).

Seorang hamba yang mendoakan orang lain , dimana orang yang didoakan tidak mengetahuinya,menunjukkan bahwa dia berdoa dengan ikhlas. Karena keikhlasannya itulah , maka malaikat turut mendoakan balik kepada si pendoa itu. Bukankah itu suatu keberuntungan besar, kerena doa itu, dia didoakan oleh makhluk Allah yang suci yaitu malaikat. (http://idawanaziz.blogspot.co.uk/2011/01/kemuliaan-mendoakan-orang-lain.html on 29th May 2012).




Mungkin kita bukan pemimpin kepada sekumpulan manusia tetapi kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri. Setiap manusia adalah pemimpin kepada dirinya. Adakah kita sudah berlaku adil kepada diri kita? Adakah kita sudah memenuhi tuntutan rohani dalam diri kita? atau kita hanya memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. (mungkin tiada kaitan dengan apa yang dimaksudkan sebagai "pemimpin yang adil" tetapi saya sengaja menyelitkannya di sini). Tugas memilih pemimpin yang adil berada di tangan kita. nak tak nak kita kena pilih pemimpin kita sebab itu sudah menjadi tanggunajawab kita. Tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil dan mampu menegakkan Islam.

Adakah kita berkasih-sayang sesama kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Adakah perkenalan kita untuk mengingatkan satu sama lain tentang kebesaran Allah SWT? Adakah perbualan kita bersama kawan-kawan mampu menaikkan rasa takut kita kepada Allah SWT? Sama-sama kita renungkan.

Adakah hati kita berasa takut apabila mengingatkan Allah sehingga mengalir air mata kita? Pernahkah? Kadang-kadang berasa malu dengan diri sendiri sebab mampu menangis kerana benda yang remeh temeh tetapi tidak apabila mangingatkan Allah. Sesungguhnya mata kita akan menjadi saksi kita di akhirat nanti.




Adakah hidup kita banyak dihabiskan untuk beribadat? Atau kita lalai dengan kerja-kerja dunia. kerja-kerja dunia mampu menjadi ibadat jika kita melakukannya dengan niat kerana Allah semata-mata.

Sama-sama kita renungkan kembali. Adakah kita layak mendapat naungan daripada Allah SWT dengan keadaan kita sekarang?

"Ya Allah ya tuhanku, Engkau Maha Berkuasa. Engkau Pemilik alam ini. Engkau suburkanlah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan juga junjungan besar Nabi Muhamad saw. Engkau jadikan kami sebagai orang yang sentiasa mengingatimu. Engkau jauhkanlah kami daripada perasaan cintakan dunia. Engkau kuatkanlah kami Ya Allah. Janganlah Engkau palingkan kami setelah Engau memberi hidayah kepada kami. Matikanlah kami dalam iman Ya Allah. Engkau Maha Berkuasa Ya Allah lagi Maha Pengampun. Hanya kepadamu tempat kami bergantung harap. Ampunkanlah dosa kami."

Ameen

Thursday, May 17, 2012

Siapa Nama Awak?

Assalamualaikum wbt. Bayi dilahirkan sebagai kain putih. Yang mencoraknya adalah ibu bapa.
Tugas mendidik anak bukannya mudah. Salah satu tugas yang perlu diambil adalah pemilihan nama anak. Mungkin nampak enteng tapi sebenarnya agak berat. Pemilihan nama anak mestilah selari dengan ajaran Islam dan nama hendaklah mempunyai maksud yang elok dan tidak membawa maksud yang bertentangan dengan Islam. Contohnya nama anak Asmara. Saya tidak tahu apa maksud sebenar nama ini tapi secara generalnya semua orang tahu kot makna nama ni. nama ni bole memberi kesan buruk kepada anak tersebut semasa proses pembesarannya. biasalah budak2 suka mengejek nama-nama ni. Ni bole memberi kesan psikologi dan bole membawa kepada kes yang lebih besar iaitu buli. Budaya membuli kat Malaysia memang tidak dinafikan agak ganas dan sekarang kes2 buli mungkinla tidak sehebat kes gejala pembuangan bayi. Tugas mendidik semakin sukar nampaknya.
Ok kita akan cakap pasal kes buli dan buang anak ni di lain masa kalau saya berkesempatan ^^ Kalau kat Malaysia zaman-zaman dulu letak nama anak berdasarkan alam. Contohnya Cempaka, Kemboja, Mawar. tu kalau perempuan. kalau lelaki pulak apa yer? Arjuna?? ENtahla. sy pun tahu. Selepas itu nama-nama Arab mula digunakan. Menggunakan nama tokoh-tokoh Islam seperti nama-nama Nabi dan Rasul (Nama ayah saya Ibrahim)
Dan sebagai kenangan kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w, Nabi Muhamad kebanyakan lelaki menggunakan Muhamad sebagai first name. Perempuan pula Siti@Nur@Nurul. Tapi tak semuanya begitu. Selepas itu nama semakin dimodenkan. Dan kalau dulu hanya de satu nama, budak-budak sekarang paling kurang dua nama dan paling banyak bole ada sampai lima nama! Banyak tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. nama pula dimodenkan contohnya..........apa ya? ntahla. Yang terbaru ialah menggabungkan nama moden dan klasik. Contohnya Umar Harith, Sofiyya Khadijah. Macam-macam la sekarang. Apa-apa pun nama yang diberikan pastikan nama tersebut membawa maksud yang baik dan kalau dipanggil anak-anak dengan nama tu sekurang-kurangnya nama tersebut menjadi doa kepada anak tersebut.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt. Kita berjumpa lagi ^_________^ Selamat Hari Guru!!! Saya Sayang cikgu saya sangat sangat sangat sangat!!! Cikgu yang telah banyak membantu saya! Ya Allah terima kasih atas kurniaanMU. Besrsyukur kerana mendapat cikgu yang awesome ^_______^ Selamat hari Guru (^___^)

Thursday, January 12, 2012

Jangan izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.



Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.



Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..



dipetik daripada iluvislam.com
nukilan
Aredee Nawawi merupakan mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi di Universiti Putra Malaysia. Bagi beliau Penulis adalah pendakwah, pendidik dan pemimpin bagi masyarakat dengan syarat dia memimpin dirinya terlebih dahulu.. Beliau berkongsi karya di http://nurkembarasufi.blogspot.com/.

Monday, January 2, 2012

Winter, Fuiyo, Demam

Assalamualaikum wbt

Winter break dah nak habis pun. tinggal beberapa hari je lagi sebelum start belajar balik. seminggu lepas tu EXAM!!!

"Semoga Allah mempermudahkan urusan hambaNya ini"

Dan sekali lagi pada tahun ni saya ke FUIYO! tapi kali ni bukan sebagai peserta tapi sebagai fasi ^___________^

banyak yang saya belajar apabila jadi fasi ni. bukan mudah nak jadi fasi. perlukan persediaan yang betul2 mantap. nasib baiklah kakak partner tu saya hebat dapatlah cover segala kekurangan saya. InsyaAllah. Tapi saya banyak belajar benda baru bila jadi fasi ni. Rasa sangat2 bersyukur. Alhamdulillah (^_^)

Lepas tu saya pergi melawat kawan saya di exeter! exeter best sebab ada masjid yang masjid kat malaysia. kawan saya cakap kat situ tak ramai muslim tp mereka dapat satu masjid yang sangat lawa. siap ada lift lagi untuk orang2 kurang upaya. tapai hati tu kami guna jer lift tu. sampailah orang yang jaga masjid tu tegur kami...hehehe..dahlah masuk ikut pintu muslimin :p

tapi yang tak bestnyer :( lepas berjalan sekali lagi saya ditimpa kesedihan. ujian daripada Allah untuk menghapuskan dosa- dosa kecil saya sebelum tahun baru masihi bermula. DEMAM. Hilang deria rasa. perut kelaparan tapi tak mahu makan. akhirnya membiarkan sahaja perut dimasuki angin.huhuhu

tiba-tiba teringat winter break tahun lepas. mak saya menangis sebab risau dan senior saya buatkan sup untuk saya :) tapi senior tu dah balik malaysia :(

apa2 pun saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat senior saya tu..

a lot of love from newcastle :)