Sunday, October 20, 2013

Don't Touch Her

Assalamualaikum wbt.

Kali ni saya nak bercerita sikit pasal pergaduhan yang berlaku di depan mata saya sendiri dan depan mata orang-orang awam yang lain. Baru jer terjadi semalam di depan Burger King. Nak dijadikan cerita selepas saya mendapat order dan sedang bercakap telefon dengan ma saya tiba-tiba mata terlihat adegan pujuk memujuk rajuk merajuk di luar kedai melalui cermin telus lihat besar. Nak kata pasangan adik beradik tak logik la pulak sebab kemesraan adik beradik dengan kemesraan pasangan berkasih ni memamng berbeza (my opinion la, kalau salah tlg betulkan). Macam budak baru lepas PMR.

Dalam usaha untuk memujuk kekasihnya yang sedang merajuk, lelaki itu beberapa kali cuba memegang dan memegang pasangannya itu. Dan orang di dalam kedai semua sedang menonton drama swasta di luar tu. Kalau ikutkan hati nak je ketuk cermin tu biar mereka sedar sikit ramai orang tengah melihat. Setelah beberapa lama baru mereka beredar. Tak tahula dah reda ke belum rajuknya.

Wahai gadis-gadis di luar sana yang sudah semestinya belum berkahwin termasuklah diri saya sendiri,

Jagalah maruah anda sebagai seorang muslimat,
Jangan biarkan lelaki yang bukan mahram anda sesuka hati menyentuh anda walapun berlapik atau beralas,
Tinggikan martabat hidup anda dan maruah diri anda,
Barang kaca di kedai pun kita tak dibenarkan sentuh kerana takut pecah,
Apatah lagi kita, muslimah yang lagi bernilai daripada barang kaca itu.

Jadilah seperti buah epal,
Hanya yang mampu sahaja boleh memetik buah epal yang ranum di pohon,
Jangan menggurkan diri anda ke bumi.

Teringat perstiwa semasa saya dan kawan-kawan ke Venice,Italy. Ada seorang penjual tu marahkan kami kerana menyentuh dan memegang leather bag di kedainya. Katanya kalau nak beli biar dia yang tunjuk. kalau dah beli baru boleh sentuh.

Cuba fikirkan, samalah dengan kita gadis-gadis semua, kalau dah kahwin baru boleh pegang-pegang, sentuh-sentuh. Jangah rendahkan harga anda lagi murah dari harga leather bag itu.

Saya bukan membebel tetapi sekadar peringatan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat serta adik-adik dan kakak-kakak. Orang kata telinga orang yang mengeluarkan kata-kata tu lagi dekat berbanding telinga-telinga orang yang mendengar.

Lelaki,
Tolonglah

Who are you?
You are not allowed to touch her!
Don't Touch Her

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim


"Tidak boleh seorang lelaki dan seorang wanita bersunyi-sunyian melainkan dengan yang mahram"

Saya pun manusia biasa ada buat salah dan menyesali kesalahan yang sudah lakukan dan berdoa agar Allah SWT melindungi saya dari mengulangi melakukan kesalahan yang sama.

Mungkin di pandangan masyarak sekarang benda tu biasa dan sudah menjadi trend. Tetapi dalam Islam ianya tetap salah.

Biasakan yang Betul 

Betulkan yang Biasa




11.39am 21/10/2013



Wednesday, October 9, 2013

Sahabat Dunia Akhirat


Assalamualaikum wbt.
Lama sudah blog ini tidak dibelek.
Maafkan saya wahai blog..hihihi

Hari ini saya jumpa sesuatu yang sangat menarik di Facebook.
Kata-kata yang sangat menyentuh hati tentang sahabat.
Ya, kita sentiasa memerlukan sahabat.
Tetapi sahabat yang macam mana?
Sahabat yang sentiasa mengingatkan kita tentang Allah SWT

Maafkan aku sahabat jika aku lupa untuk menyebut nama tuhan kita di depanmu,
Bantulah aku untuk sentiasa mengingati tuhan,
Tolonglah aku untuk sama-sama ke syurga bersamamu wahai sahabat,

Jikalau engkau tidak melihat diriku di syurga-Nya nanti,
 Jangan lupa tanyakan tentang diriku nanti.


Ya Allah,
Aku ingin ke syurga-Mu.
Matikanlah aku dalam iman ya Allah

Ameen

Saturday, May 11, 2013

Why should i take two?

Assalamualaikum wbt.

Hari ni Teachers' Day Out. Semua guru sekolah balai yang berminat keluar untuk High Rope Course di Beamish Wild.

Teringin sangat nak pergi.
Tapi apakan daya
Terpaksa lupakan hajat
Kena dahulukan benda yang lagi penting

Selepas rasa penat sgt dan tak mampu lagi nak teruskan di Fell Cluster, ku membawa diri ke City Centre.
Ada barang nak kena beli jugak sebenarnya,.
Kena keluar cepat2 sebab takut kedai tutup
Kedai kat UK tutup awal.
Pukul 5 dah tutup.

Tengah berjalan-jalan tu, ada sekumpulan orang distribute flyer.
Baca-baca jer
 "No to Islamic Extremism in Newcastle"
Berderau rasa. Tiba -tiba rasa cuak nak jalan2 kt city centre.

Sebenarnya bila baca balik flyer tu tak ada apa2 pun.
Mereka cuma tak puas hati dengan city council dan takut dengan extremist Islam.
Apa yang dimaksudkan dengan extemist itu wallahualam.

Tetapi sebagai muslim, benda yang paling kecik kita bole buat ialah tunjukkan akhlak yang baik.
Mungkin dengan akhlak yg baik lagi mulia itu mampu membuka pintu hati orang ramai untuk lebih mengenali Islam. InsyaAllah.

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Tapi pastikan apa yang kita sampaikan itu adalah sahih dan betul.

Tadi ada seorang lelaki hulur flyer tu lagi.
"I got one already."
"Take one for your husband."
"I don't have a husband."

Flyer tu terbang dibawa angin

Dalam hati "WHy should I take two if I have a husband? We can share. That's what husband and wife should do right? Hehehe"

Ok. itu gatal ke?


Thursday, March 28, 2013

Apa nasibku di tangan mereka?

Assalamualaikum wbt.

Mac 2013 tidak seperti bulan-bulan Mac sebelum ini. Sudah hampir penghujung Mac. April bakal menjelma.

1 Mac 2013
Mendapat email daripada universiti. Yuran pengajian belum dibayar oleh pihak sponsor. Lantas ku forwardkan terus email tersebut kepada pihak sponsorku. Terlupa untuk membalas email dari pihak universiti. Ku fikir hal ini boleh diselesaikan segera. Tidak perlu berhubung dengan pihak universiti. Biarkan sponsorku yang menyelesaikannya.

Beberapa hari kemudian, masih tiada sebarang perkhabaran dari pihak sponsor. Berasa pelik dan risau. Ku cuba telefon. Alhamdulillah ada orang angkat. Tapi bukan orang yang sepatutnya. Aku dimaklumkan bahawa puan yang bertanggungjawab menguruskan kami di perantauan ini sedang cuti bersalin. Hampa. Kecewa. Kalau aku tidak cuba menelefon hari ini mungkin mereka masih belum tahu keadaan aku di sini.

Lantas ku ceritakan masalahku di sini kepada pegawai yang baru tersebut. Pegawai tersebut mengatakan yang perkara ini akan disemak.

Seminggu kemudian
Tiada apa-apa perkhabaran daripada pegawai tersebut. Ku mengambil keputusan untuk menelefon sekali lagi. Alangkah kecewanya apabila pegawai resebut bertanya soalan-soalan seperti dia baru sahaja mendengar kisahku ini. Seolah-olah tiada langsung tindakan susulan yang dibuat selepas ku menelefon sebelum ini. Pegawai tersebut memberitahu akan disemak. Ku pegang kata-kata tersebut.

20 Mac 2013
Mendapat email daripada universiti. Kemudahan IT dan akses "smartcard" ku akan disekat bermula 25 Mac 2013 kerana tiada pembayaran dibuat.

Aku menghubungi pihak sponsor sekali lagi. Kecewa. Pegawai yang berhubung denganku sebelum ini sedang bercuti. Lalu aku bercakap dengan pegawai yang seterusnya. Beliau meminta untuk menghantar invoice kepada beliau. Setelah disemak, masalah berjaya dikesan, alamat yang dilampirkan salah. Invoice tersebut telah dihantar kepada badan tidak berkaitan oleh pihak universiti. Pegawai tersebut meminta untuk ditukar alamat.

Pihak universiti bertanya sama ada sponsorku akan menyegerakan pembayaran memandangkan mereka sudah mendapat invoice. Ku menjadi orang tengah. Pembayaran tidak dapat dilakukan kerana invoice bertarikh pada tahun 2012. Mereka memerlukan invoice yang bertarikh pada tahun semasa iaitu 2013.

27 Mac 2013
Mengorak langkah ke bahagian kewangan unversiti. Lega rasa hati dengan layanan receptionist kt situ. Beliau menghubungi orang yang selama ini berhubung denganku. Ku sangka dapat berjumpa dengan orang itu. Tetapi tidak. Ku diberitahu bahawa beliau sudah menghantar invoice yang baru yang sudah diubah dab dibetulkan kepadaku semalam. Sedangkan aku tidak menerima apa-apa email. Rupanya invoice itu dihantar ke email universiti di mana ku tidak lagi boleh mengakses email universiti sehinggalah bayaran penuh dibuat. Sejurus selepas itu aku terus menghantar invoice tersebut kepada sponsorku dengan harapan bayaran boleh dibuat seberapa segera.

Ku bertekad untuk tidak tidur awal malam ini sebab mahu menelefon sponsor sejurus pejabat dibuka. Tetapi mata tidak mampu melawan. Pukul 10.40malam sudah mula menutup mata dengan harapan akan bangun pada pukul 11malam. Alhamdulillah berjaya bangun. Tetapi hanya sekejap. Ku kembali menutup mata.

28 Mac 2013
4.30pagi. Ku menelefon sponsor. Hampa. Invoice yang dihantar semalam tidak diterima oleh mereka. Lalu ku forwardkan sekali lagi. Ku diberitahu yang pembayaran mungkin mengambil masa 14 hari bekerja. Ia terlalu lama. Pembayaran mesti dibuat sebelum 5 April 2013. Ku diminta untuk memaklumkan pihak universiti akan kelewatan ini. Setelah memaklumkan pihak universiti, aku terfikir-fikir untuk memaklumkan hal ini kepada ketua jabatan sponsorku. Penat berfikir, ku tertidur. Setelah bangun ku nekad. Ketua Jabatan harus diberitahu. Mungkin ini boleh mempercepatkan proses pembayaran. Lalu ku mula mencari-cari email ketua jabatan itu. Alhamdulillah. urusanku dipermudahkan. Segera ku mengarang email. HANTAR!

9.19pagi (UK)
Masih tiada balasan daripadan Ketua Jabatan. Tidak seperti pegawai di sini yang akan segera membalas email. Ku berkira-kira untuk menelefon. Tetapi waktu pejabat sudah hampir ditutup. InsyaAllah ku akan telefon esok.

Ku Kecewa Dengan Mereka
Berdasarkan pengalaman ku dengan mereka sepanjang Mac 2012 ini, keyakinanku kepada mereka sangat kurang.
Ku hanya mampu berharap kepada Allah SWT. Memang hanya Allah tempatku bergantung.
Semoga Allah memudahkan urusanku dan mereka.
Semoga aku mampu menghabiskan pengajianku di sini dengan jayanya.

"Ya Allah, bantulah hambamu ini ya Allah. Berikanlah ketenangan itu kepadaku dalam menghadapi masalah ini ya Allah. Aku yakin padaMuYa Allah. Berikanlah kemudahan kepadaku. Hanya kepadaMu aku berharap. Engkaulah sebaik-baik tempat bergantung"

Amin


Wednesday, February 27, 2013

Betapa Dia Ingin Menjaga

Assalamualaikum wbt.

Sejak dua tiga hari ni gigi saya rasa tak selesa, gusi membengkak, tiba2 rasa sakit yang mencucuk-cucuk dan panas dalam mulut. Bila minum air baru tahan sakit sikit. Saya tak ambil painkiller. Kalau boleh nak elakkan ambil kalau rasa sakit taklah teruk sangat.

I want to ENDURE PAINNESS

Tapi rasa sakit mencucuk-cucuk tu datang bila-bila masa jer. Dalam lecture pun rasa sakit yang kadang-kadang rasa nak menangis.

Tapi bila ingat balik.
Apa saya dah buat selama ini?
Selidik diri balik.
Muhasabah diri.

Mungkin ini caranya Allah nak menegur saya.
Mungkin ini caranya Allah nak membersihkan dosa-dosa saya.

Bila teringatkan itu semua
Terus saya ^____________^
Rasa lega

Tapi dalam masa yang sama saya mesti BERUSAHA juga untuk kurangkan rasa sakit ni.

Setelah empat hari sakit, saya pergi ke Newcastle Dental Hospital.
Dentistry student tu ckp jangan risau. memang ramai student ada masalah yang sama sebab sibuk belajar dan asyik mengunyah jer. Die bergurau kot kata hati saya.

Bila dentist tgk, ternyata gusi bengkak dan ada gigi yang baru nak tumbuh tapi diselaputi gusi. maka kena X-ray sebab nak tgk dgn lebih jelas lagi.

Kita panggil apa ya orang yang meng'x-ray' tu?
Tak tahulah

Die lelaki dan die sangat baik!

Die menghormati perempuan( mungkin a part of the ethics kot) dan juga muslimah.

Nak x-ray kena pastikan xde pe2 metal kt area muka.
Die pun tanya 
"Do you have earrings, necklace?"
No. But I got this (sambil menunjukkan pin kt dagu). I can take it out.
Are you sure? Is it okay for you?
Memikirkan yang saya pakai shawl, insyaAllah saya boleh betulkan shawl saya nnti agar tak nampak leher.
Tapi lelaki ni baik sangat dan mungkin die ingat saya nak bukak tudung,
"it's okay. i will ask someone if that's okay" lalu die pun pergi la tanya orang yang dah lama kerja. Alhamdulillah orang tu cakap pin tu xkan affect apa2 pun.

Bila nak adjustkan kepala dekat alat x-ray tu pun orang tu tanya elok2.
of course la kan die kena pegang kepala kita untuk adjust kepala kita biar bagi elok sbb kita nk x-ray bahagian mulut. bagi saya bnda tu xde masalah sbb kter bkn nk menggatal dan ada purpose die buat cmtu. lagi pun kter pakai tudung so xde skinship.

rasa terharu sangat dengan awareness die kt muslimah.
Apa yang boleh dan apa yang tak boleh.
itu dari seorang lelaki yang not-yet muslim.

Kecewa dengan lelaki-lelaki muslim yang tidak pandai untuk menjaga hak-hak dan maruah seorang muslimah.
Mereka tahu tapi mereka tidak sedar.
Semoga mereka mendapat kesedaran itu nanti.

Rasa-rasanya lelaki tu de tanya
"is it okay for you?"

sebab die lelaki dan die takut kita rasa tak selesa.


Friday, February 22, 2013

Menjadi dewasa itu sukar

Assalamualaikum wbt.

DEWASA

Kejap masa berlalu.
Pejam celik pejam celik dalam masa beberapa bulan jer lagi akan kembali ke Malaysia.
Dalam masa lebih kurang dua tahun lagi akan menempuh satu dunia baru.

DUNIA PEKERJAAN

Tak pernah terfikir semuanya akan berlaku dalam sekelip mata.
Masih terbayang zaman kanak-kanak dulu
Zaman sekolah berlari - lari anak
Zaman yang sentiasa dalam ingatan
Zaman sekolah menengah yang terasa saat paling indah sekali
Kawan-kawan yang sehati dan sejiwa

Seolah-olah tidak dapat menerima hakikat yang diri ini sudah besar
Dan satu demi satu keputusan harus dibuat sendiri

Gadis yang paling benci bila dirinya disuruh untuk buat keputusan
Gadis yang mudah keliru
Gadis yang tiada pendirian
Gadis yang lambat memberi kata putus

Seolah-olah tidak adil untuk membiarkan orang tertunggu-tunggu
Tetapi itulah yang gadis itu rasa

Lalu memohon petunjuk daripada Allah SWT
Hanya Allah Maha Mengetahui
InsyaAllah itulah yang terbaik
Allah adalah sebaik-baik perancang

Harap memahami