Monday, July 11, 2011

jom cari Ilmu!!!

assalamualaikum

pernah tak kita perasan ada dalam kalangan kawan2 kita dulu yang pendiam dan tak banyak cakap.


kadang2 terlampau down to earth.

dirinya tidak terlalu menonjol

kenapa????

adakah disebabkan dirinya yang pendiam???

mungkin itu merupakan salah satu faktor
tapi kadang2 sistem dan persekitaran di sesuatu tempat juga mempengaruhi kurang tertonjolnya orang2 sebegini.

contohnya jika di sekolah
pelajar yang bijak dalam akademik sering dipandang tinggi dan diangkat untuk memegang pelbagai jawatan penting di sekolah sedangkan kepemimpinannya boleh dipertikaikan.
memanglah orang berilmu ini diangkat darjatnya oleh Allah S.W.T.


"Wahai orang-orang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, "Berilah kelapangan di dalam majlis-majlis," maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan "berdirilah kamu," maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."

Surah Al-Mujadilah : Ayat 11



ilmu Allah itu luas. ia meliputi segala-galanya. dari a sampai z. ilmu itu infinity. makin banyak kita belajar makin banyak yang kita tak tahu. terdapat banyak cabang ilmu. bukan setakat akademik semata-mata. setiap apa yang kita buat di atas muka bumi ini memerlukan ilmu untuk mendapatkan hasil yang MANTOP!!!!!

tetapi sistem pendidikan di malaysia seara peribadinya saya merasakan terlalu pentingkan akademik dan tidaK mampu melahirkan rakyat yang berfikiran kreatif dan kritis. hanya sesetengah jer yang betul2 bagus.



pelajar-pelajar yang tidak menonjol di zaman persekolahan ini dilihat agak menonjol di peringkat pengajian yang lebih tinggi jika mereka berani berubah. berani menggilap potensi yang ada dalam diri mereka.

inilah yang terjadi kepada seorang kawan saya. saya tidak menyangka yang dia menjadi seorang yang begitu hebat dalam memberikan pendapat dan hujah-hujahnya.
makin berani dan berkeyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak.



masa merubah segalahnya.
corak pemikiran kita berubah
segala-galanya mungkin terjadi

jangan rasa diri anda akan menjadi orang hebat jika anda hebat di sekolah sekarang
jangan rasa diri anda lemah selama-lamanya hanya kerana nada seorang yang lemah di sekolah sekarang.


setiap manusia hanya dipisahkan dengan satu garisan halus daripada manusia yang lain dan bila-bila masa sahaja mereka boleh beralih tempat antara satu sama lain.

" Ya Allah ya tuhanku, Hanya kepadamu aku berserah dan memohon sesuatu. Engkau tetapkanlah imanku. janganlah Engkau palingkan aku setelah Engkau memberikan hidayahMu kepadaku. Jauhilah akau dari sifat takabur dan suka berbangga-bangga diri. jadikanlah aku seorang yang sentiasa merendah diri dan bersyukur di atas segala nikmatMu ya Allah"

Amin