Monday, December 27, 2010

mimpi ma :(

assalamualaikum..

ma sy cakap ma teringatkan saya. ma mimpikan saya. instinct ma mmg kuat. ma igt saya sebab saya demam. mimpi ma menakutkan. harap2 ia tak jadi kenyataan.

" Ya Allah, aku pohon kepadaMu panjangkanlah umurku dan maku agar kami dapat berjumpa lagi. kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami. Aku sudah kehilangan arway ayahku, aku tidak sanggup lagi kehilangan ahli keluargaku yang lain. Aku tahu ajal itu dah ditetapkan. mungkin itu ujianMu. akanku terima dengan redha"

baru saya sedar ma saya sangat sayangkan saya. dia bimbangkan saya. cuma saya je selama ini yang suka lawan cakap ma. kalau nak diikutkan memang ma banyak sakit hati dengan saya. saya benar2 rasa bersalah. saya nak minta maaf ngan ma saya. dulu sebelum fly dua kali ma sya nangis.ma saya memang tak nak sya fly. tapi ma terpaksa redha. kalau dikutkan saya pun xnak fly. tapi bila difikirkan maruah keluarga dan segala penat lelah saya selama ni saya kuatkan diri.

memang tak diakui saya anak yang manja. tersangat manja. xpernah berpisah dengan ma. memang selalu duk bawah ketiak ma.lepas ayah meninggal memang selalu tidur dengan ma. tapi saya harus kuat. chaiyok Aqiedah!!!

Ya Allah kuatkanlaah hatiku. lagi 6bulan je YA Allah"

semoaga Allah memberikan aku kekuatan :)

Sunday, December 5, 2010

assalamualaikum.......

dh lama kn kter xjumper..nak kata sibuk xlah sibuk sgt tapi xrasa nk menulis. sebab tu la xjumper.
ari ni ari ahd. dah hampir dua atau tiga minggu newcastle diliputi salji.kalau dulu kat malaysia memang teringin sangat nak main salji. tapi bila kat sini baru taw mcm mn salji ni..menyukarkan perjalanan nk g sekolah dan rasa xnak keluar rumah pun. keluar bilik pun xnak. itu la manusia yang tak pernah berfikir. apabila panas nak sejuk, apabila sejuk nk panas..

"Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah aku hamba yang tahu bersyukur. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat oorang yang tak mengenang budi"
Amennnnnnnnnnnn

aku xpernah main salji sepanjang winter ni. bila la peluang tu nk datang? maklumla sorang. segan lak nk main. nk ajak kawan dorg selalu jer d hal. bila kawan aku ajk ak plak yang xnak. jadi tu masalah diri sendiri lah yer..sapa suruh tolak ajakan orang. ajal jangan dicari rezeki jangan ditolak. betul tak tu??? nampaknya pengetahuan aku dalam peribahasa Melayu makin merosot. ini tak bole jado. masalah ini harus diselesaikan segera. macam mn caranya??? pkirla sendiri!!!! hehehe


Sunday, October 17, 2010

alhamdulillah

assalamualaikum..

dh lama tak tulis kan...demi seorang kawan yang meminta aku menulis lagi..maka hari ni aku akan menunaikan permintaanya..tapi dia xjadi follower pun..hehehe

ari nak bercerita sikit pasal kehidupan di negara orang ni. minggu ni dah tiga minggu aku kat negara orang ni. rupanya duduk kat negara sendiri lagi best.. tu la orang cakap hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri.

kehidupan aku seperti biasa. isnin sampai jumaat de kelas tapi setakat ni ari rabu xde kelas. kelas kul 9 pagi tapi aku kena bersiap awal-awal lagi. maklumlah berjalan kaki dari rumah ke kelas mengambil masa kira2 30 minit. tapi tak terasa penat pun sebab sejuk. seronok pun ada sebab bukan jalan sorang2. kat depan de orang kat belakang pun ada orang. nak sampai kelas mula2 kena melalui satu padang bola.pastu kena seberang jalan.jumpa kedai kereta. orang cakap kereta kat situ murah2. tapi setakat ni tak terlintas pun lagi nk beli kereta. lpas jaln depan sikit jumpa kawasan perumahan..jalan depan sikit je lagi jumpa padang pulak.kali ni padang lembu sbb kat padang ni kadang2 de lembu tengah meragut rumput. meragut tu....hehehe
pastu perjalanan diteruskan. cross jalan. masuklah kawasan uni. 1st akan jumpa medical n dental school. jalan depan sikit lagi jumpa la school of biology. tapi masalahnya kelas ak bukan kat school of biology.kelas merata-rata.kalau jauh kelas kul 9 pg tu lg awal la kena gerak. tapi setakat ni ok lagi. xpernah terlewat. on tine pnah sekali n yang laen2 awal. huhuhu

tapi mat2 salleh ni beruntung sbab dorg dikurniakan kaki yang panjang. bole la keluar lewat sikit. kadang2 aku rasa aku jalan laju daripada dorg tp dorg yang kt belakang aku kjap je tber2 de depan mata. anugerah Allah kat dorg. kter bersyukur je dngn diri kiter. tak perlu buat pembedahan memanjangkan kaki. bersyukur dengan kelebihan diri sendiri. dan anugerah Allah yang paling besar ialah agama yang aku anuti ini. ISLAM. mungkin aku bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga Islam dan mendapat pendedahan tentang Islam sejak kecil lagi. dorg mungkin xmendapat maklumat tentang Islam. kita yang tahu ni munkig bole menyampaikan apa yang kita tahu. kadang kita rasa takut nak menyampaikan kerana takut slah n takut ditanya soalan yang bukan2.tapi itu bukan alasan. sudah menjadi tangungjawab kita untuk berdakwah.

tugas dakwah bukan hanya terletak di tangan orang tertentu sahaja. banyak sebenarnya cara nak berdakwah. salah satu melalui pebuatan kita sendiri. tunjuk sikap2 mulia yang mencerminkan kita sebagai seorang Islam. Islam bukan sekadar agama tapi juga cara hidup. mungkin orang bukan Islam akan tertarik dengan Islam jika umatnya sendiri menzahirkan apa yang diajar oleh Islam.

Ya Allah ya tuhanku. Aku bersyukur atas segala kurniaanMu kepadaku. Hanys Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku menerima segalanya dengan redha. Engkau kuatkanlah aku dan permudahkan urusanku di atas bumiMu ini"

Ameen........

Monday, October 4, 2010

kawan baru

assalamualaikum..
lama rasanyer tak menulis kt sini..
ari ni ari pertama masuk kelas dan ari ni ada 3 lecture. jd pg2 lg bngun dan bersiap nk g kelas. kena cari kelas lagi. dan alhamdulillah odw nk gi kelas tu jumper jess. student bio jgk dr uk..dia baek. ktorg masuk sama2 dlm lecture hall. tapi lepas tu kawan jess dtg. dorg borak mcm ak xe kat situ.huhuhu...lalu aku membawa diri. xpela cari kawan laen lg..lepas je habis kelas tu terus g second class plak. introduction to biology. ak xpasti btul ke hall ak tggu ni. pastu ak nmpak sorg bdak pmpuan ni n aku akin yang dia pun student bio. aku tgur dia n sebelumni pernah tegur dia jgk. dia layan mcm xnak layan jer. xtawla dy org uk ke tak.sebab nmpk sama jer. ms nak masuk hall ak nmpk dy berlari lari ka tkawan dia n tersenyum mesra. xpe la orang xnak kawan ngan kter. masa dlm hall ak duk sebelah orang hong kong. nama dia kristal. kristal pun baek jgk. tp ktorg xsama kos. dy amek animal science. xpe la. masa dlm hall. aku nmpk jeanie. jeanie ni pun org hong kong tapi kristal xkenal dia. ak knal jeanie ms induction week. nak g duduk sebelah dia ke tak??? xpe la duk je la sblh kristal ni. masa nk kluar hall ak tggu jeanie. ktorg kluar sama..

"hi jeanie. still remember me?"
"hi :) i remember ur face but not ur name. sori"
"it's ok. i still remember ur face n ur name. im aqiedah. can i have ur no?"
"ya sure. bla bla bla....where r u gon now?im goin to town."
"its ok. im waitin 4 my fren.bye.c u this evening."

pastu jalan2 la tunggu kelas kul 4.br kul 12 ni. kol kawan tu tapi malangnyer dia de kelas. baelk umh n mkn2 je la.

masuk hall jumper jeanie n dpt lg kwn baru org vietnam, zo ong. heehehe........org asia ni baek2 xsombong. suka sgt..heheehe...alhamdulillah

"Ya Allah Ya tuhanku. Aku bersyukur sangat-sangat. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan kini baru aku mengerti. Thank you Allah"

Tuesday, September 28, 2010

hari pertama

assalamualaikum...
this is my 1st post after arriving newcastle.
sekarang di uk pukul 3.21 pg dan ak xdapat tidur sebab aku jetlag. td rs mengantuk sgt.
perasaan aku ni pulak entahlah. kadang happy n kadang2 sdey dan takut.
betul ke keputusan aku untuk belajar kat sini. masa dengar briefing pak cik botak tu aku rasa takut sangat.
macam serius jer. macam susahjer belajar kat sini.
macam mana ni.
lepas jumpa pak cik botak jumpa plak tutor ak. nama du peter garson. kter pggil dy pak cik janggut sbb janggut dy panjang. macam janggut tok janggut (cam pernah jumper jer..hehehe). pak cik ni lg la buat ak takut bila dy ckp psl student fail. Ya Allah tolonglah aku..permudahkan urusan aku.
bila jer siap briefing personally ngan dorg semua (sbb sampai lewat kat newcastle) terus pergi town.
tgk bandar dorg. lawa!!!!tapi hujan emas di negeri orang hjan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. eh salah2 pergi register dulu n amek smartcard n alhamdulillah semuanya berjalan lancar n i am officially one of the community of the Newcastle University.

tu je la ari ni kot. nk kena baca paper2 yg org2 tu bagi sebab nak kena pilih module by today jgak..huhuhu

so see you later. bye.salam.

"Ya Allah aku bersyukur atas segala kurniaanMu kepadaku. Hanya Engkau yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Kuatkanlah imanku dan kuatkanlah semangatku.
Hanya kepadaMu tempatku mengadu"

Ameen

Sunday, September 19, 2010

mereka yang menyokong

assalamualaikum..
entah kenapa ari ni rasa nak menulis. lagi seminggu nk fly g uk.
xtaw rasa apa. tapi dah rasa homesick sikit2. maklumlah hampir 3 bulan duk rumah. tinggal dengan adik, mak. sayangnya ayah dah tak ada. kalau ayah ada mesti dia orang paling gembira sebab anak dia nak sambung belajar kat uk. mesti heboh satu kampung dia canangkan. petang2 mesti ayah sibuk bercerita kat kedai kopi pasal anak dia. bukan niat nak berbangga tapi biasalah perasaan seorang ayah apabila anaknya berjaya. aku berasa sedikit terkilan sebab ayah tak sempat tengok semua ni. tapi aku tahu dan yakin ayah mengetahui perkembangan diriku ini dari sana dan mungkin ayah mendoakan aku dari sana. entah kenapa hari ni aku rasa sangat rindukan ayah. aku berasa gembira melihat senyuman ayah. mungkin kerana ayah seorang yang jarang senyum dan agak serius. jadi apabila ayah tersenyum ia menandakan satu kemenangan. (sebab tu lah aku nak cari suami yang susah senyum...hehehe). aku ingat lagi ayah pernah pukul aku sebab rosakkan tanaman jering yang dia tanam. aku juga pernah kena pulas telinga sebab terkejar-kejar nak makan depan tv lepas tu terijak tangan ayah. tu la sape suruh makan depan tv. taksub sangat ngan tv. aku berjanji dengan diri aku yang aku mesti belajar bersungguh-sungguh dan tidak buat perkara yang akan mendatangkan keburukan pada keluarga aku dan arwah ayah aku. bukankah setiap perbuatan kita di atas dunia ini akan mendapat balasan di akhirat kelak. bukan jer aku, arwah ayah aku pun akan kena sekali. orang cakap kalu aku buat jahat atas dunia ni nanti ayah aku akan terima bungkusan yang busuk di alam sana. kalau aku buat baik ayah aku akan dapat bungkusan yang wangi. orang cakap kubur sebelah kubur arwah ayah tu kubur budak kecik. budak kecik mesti la tak banyak dosa dan mungkin juga suci bersih. untungkan budak tu. aku sayangkan arwah ayah aku. tapi aku tak pernah cakap kat dia. itulah manusia bila jauh baru nak cakap sayang kat orang tu. tapi aku betul sayang kat ayah aku. aku ingat lagi aritu masa aku masih lagi di sekolah menengah rendah. selau\lunya sebelum pergi sekolah aku akan salam dan ciutm tangan arwah ayah aku.tapi ari tu aku salam, cium tangan dan cium pipi ayah. mesti ayah pelik tapi ayah senyap jer. lepas tu aku terus naik basikal pergi sekolah. seingat aku itu kali pertama aku cium ayah aku bila aku dah beasr sikit. yang lain2 aku tak ingat. dan kali terakhir aku cium arwah ayah ialah sebelum jenazah ayah dikebumikan. tapi semuanya dah terlambat. aku tak boleh cium ayah lagi. kalu ada la sape2 yang baca blog aku ni tunjuklah kat parents kita yang kita sayang. aku kadang2 rasa bersalah sebab aku rasa aku selalu berkasar dengan ma n ayah. aku cuba kawal tapi kadang2 terkasar jugak. aku rasa bersalah sangat. tapi tak tahu macam mana nak minta maaf. aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak minta maaf dengan family sendiri tapi kalu dengan kawan2 senang jer nak minta maaf. hari tu aku pernah guna cara ni. aku rasa bersalah kat kakak aku ni. pastu aku hantar mesej kat dia ckp aku minta maaf kalu kau ade menyakitkan ati dia. kat adik beradik aku yang lain pun aku hantar. pastu kakak-kakak aku reply tanya kenapa. aku pun cakap sajer muhasabah diri sebelum tidur. hehehee...abang aku pulak tanya esok exam ke....de ke patut. aku gelak sorang. apa2 pun aku memang vsayang kat family aku. mereka dah banyak tolong aku. bagi sokongan kat aku. aku tak tahu macam mana hidup aku kalu tak de mereka. Tapi aku harus ingat yang Allah sentiasa ada di sisi aku. aku bersyukur sangat sebab dikurniakan family yang macam tu walaupun mulut aku ni selalu jer sakitkan hati mereka. tapi mereka selalu tolong aku.

I love my family!!!!!!

Ya Allah ya tuhanku, Engkau peliharalah kami sekeluarga. Engaku lindungilah kami sentiasa. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. hanya kepadaMu kami bergantung harap dan hanya kepadaMu kami berserah.

Ameen.

Saturday, September 18, 2010

masa berlalu begitu pantas

assalamualaikum...

hari ni 10 syawal...
kejap jer masa berlalu..
tanpa sedar pejam celik pejam celik, umur saya hari ini sudah 20 tahun 8bulan. dah nak masuk 21tahun. kejap jer. rasanya ari tu baru jer masuk tingkatan satu kat sekolah kube bembe.
kat sekolah tu saya dapat kawan yang saya rasa paling cocok sekali selama saya hidup ni :)
rindu kat kawan2. anis, lyn, irra, ha, fana, miramawi, na, farzana, madiha, syu, n rmai lagi la.
sekolah tu memang best. cikgu2 pun best. rasanya pelajar kat situ paling bertuah. cikgu2 tersangat la caring. semua cikgu sporting. kalau boleh nak masuk sekolah tu lagi. kalau la sistem pendidikan kat malaysia ni buat universiti saluran kat best. maksudnya budak sekolah ni pergi uni ni. kalaula kan.
tapi tak bole jugak. nanti lingkungan kawan2 tak ramai. bila masuk kyuem baru kenal pelbagai latar belakang manusia. baru tahu tinggi rendahnya langit. walau apapun hidup mesti diteruskan dan perubahan sentiasa terjadi. kita harus bersedia setiap masa agar kita menjadi insan yang sentiasa redha dan bersyukur.

"Ya Allah ya tuhanku, engkau tetapkanlah imanku, ibuku,saudara-saudaraku dan seluruh mukmin di muka bumiMu ini. Janganlah engkau palingkan kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami"

Ameen.................

Sunday, September 5, 2010

uk!

salam
ari jmaat ni dh raya..
tggal beberapa ari lg aku akn berangkat ke uk.
sedih jugak rasanya
entah la aku tak taw apa presaan aku sebenarnya.
rindukan kawan-kawan gak
kalau bole aku nk fly sama2 ngan dorg
tp xde rezeki nk wat cmner
doa2kan yang terbaek untuk mereka.

Monday, May 31, 2010

selamatkan mereka dan semua umat islam

Israel memang ganas dan tidak berperikemanusiaan. mungkin ada yang akan cakap memboikot barangan mereka tidak akan memberikan apa-apa kesan. tapi adalah lebih baik kita menjadi seperti seekor burung yang memunggah air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim daripada sekadar menjadi seorang penonton yang sepi...

Thursday, March 18, 2010

jom kiasu!!!!!

assalamualaikum...

sekarang ni kolej sedang bercuti selama dua minggu. seminggu lepas kolej buka nanti, aku akan menduduki peperiksaan trial. takut pula rasanya. tapi aku rasa sepanjang cuti selama hampir seminggu ini, aku tidak menggunakan cuti aku ini dengan sebaik0baiknya. rasa malas pula nak study. kawan aku pernah cakap kalau nak study masa cuti, kita kena manfaatkan dua tiga hari sebelum cuti dengan menelaah pelajaran. insyaAllah nanti kita akan rajin mengulangkaji masa cuti nanti. aku pernah cuba. tapi terbalik sikit. aku kiasu masa seminngu sebelum cuti sem habis. alhamdulillah, datang kolej aku jadi kiasu sangat sampai kawan-kawan aku takut tengok aku. tapi itu hanya bertahan dua tiga minggu je. mungkin sebab terlalu banyak sangat kerja luar aku jadi lalai. tapi aku tak boleh salahkan benda tu je. mungkin ia berpunca dari sikap aku sendiri.
TAK ADA SESIAPA YANG MAMPU MENGUBAH AKU JIKA BUKAN DIRI AKU SENDIRI. InsyaAllah aku akan cuba mengubah diriku untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah. You can do it.

"Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini. hanya engkau yang Maha Mengetahui"

Sunday, March 14, 2010

susahnya jaga anak....

salam...

hari tu masa nak balik kolej aku terserempak dengan dua situasi berbeza yang kedua-duanya mendatangkan perasaan berbeza kepada aku...

situasi pertama..
semasa menunggu untuk menaiki kereta api di KL Sentral, aku terlihat seorang budak lelaki dalam lingkungan umur lima tahun yang pada pandangan aku agak hyperactive,Wallahualam..
ibunya kelihatan agak tertekan dengan sikap anaknya dan melayan anak tersebut dengan agak kasar. aku merasa agak sedih melihat situasi ini tapi ibu tersebut tidak boleh dipersalahkan terus.

situasi kedua....
semasa di dalam kerera api, aku ditakdirkan duduk bersebelahan dengan dua beranak yang kelihatan agak mesra sekali. budak lelaki yang berumur empat tahun itu sangat petah berkata-kata. aku mengagumi ibu itu yang menjawab setia soalan anaknya dengan tepat dan lembut. tidak pernah aku dengar perkataan yang kasar keluar dari mulut ibu itu.

dua situasi berbeza dalam melayan anak-anak yang berbeza karakter. aku tidak tahu sama ada aku patut memandang sinis akan ibu dalam situasi pertama. aku tidak berada di tempatnya dan aku tidak tahu gejolak perasaan yang dialami olehnya. tapi aku sedikit berbangga kerana ibu ini masih sabar melayan kerenah anaknya. ibu memang seorang yang mulia.

aku lebih marah dengan ibu-ibu muda yang dengan sewenang-wenangnya membuang anak mereka dan ada yang sampai sanggup membunuh. mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa memikirkan kesannya. Kepada Allah aku memohon agar diri ini dan rakan-rakanku di luar sana dilindungi daripada segala perbuatan yang tidak bermaruah ini.

"aku memohon kepadamu Ya Allah agar Engkau tidak memalingkan aku setelah Engkau memberikan hidayah-Mu kepadaku. Ameen"

semoga aku dapat menjadi ibu mithali seperti ibu di dalam situasi pertama suatu hari nanti:)

Thursday, March 4, 2010

beginner

assalamualaikum...

dah lama teringin nak berblog..akhirmya tercapai juga hasrat di hati..
blog ini hanya untuk suka-suka dan berkongsi pengalaman.i am just a beginner. nanti nak tulis banyak-banyak dalam ni.hehe...untuk suka-suka je la..orang kata syok sendiri pun tak pe..saja nak berkongsi pandangan dengan orang dan nak meluahkan apa yang terbuku di hati..maklumlah i am a secretive person:)

salam jumpa lagi.