Thursday, May 17, 2012

Siapa Nama Awak?

Assalamualaikum wbt. Bayi dilahirkan sebagai kain putih. Yang mencoraknya adalah ibu bapa.
Tugas mendidik anak bukannya mudah. Salah satu tugas yang perlu diambil adalah pemilihan nama anak. Mungkin nampak enteng tapi sebenarnya agak berat. Pemilihan nama anak mestilah selari dengan ajaran Islam dan nama hendaklah mempunyai maksud yang elok dan tidak membawa maksud yang bertentangan dengan Islam. Contohnya nama anak Asmara. Saya tidak tahu apa maksud sebenar nama ini tapi secara generalnya semua orang tahu kot makna nama ni. nama ni bole memberi kesan buruk kepada anak tersebut semasa proses pembesarannya. biasalah budak2 suka mengejek nama-nama ni. Ni bole memberi kesan psikologi dan bole membawa kepada kes yang lebih besar iaitu buli. Budaya membuli kat Malaysia memang tidak dinafikan agak ganas dan sekarang kes2 buli mungkinla tidak sehebat kes gejala pembuangan bayi. Tugas mendidik semakin sukar nampaknya.
Ok kita akan cakap pasal kes buli dan buang anak ni di lain masa kalau saya berkesempatan ^^ Kalau kat Malaysia zaman-zaman dulu letak nama anak berdasarkan alam. Contohnya Cempaka, Kemboja, Mawar. tu kalau perempuan. kalau lelaki pulak apa yer? Arjuna?? ENtahla. sy pun tahu. Selepas itu nama-nama Arab mula digunakan. Menggunakan nama tokoh-tokoh Islam seperti nama-nama Nabi dan Rasul (Nama ayah saya Ibrahim)
Dan sebagai kenangan kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w, Nabi Muhamad kebanyakan lelaki menggunakan Muhamad sebagai first name. Perempuan pula Siti@Nur@Nurul. Tapi tak semuanya begitu. Selepas itu nama semakin dimodenkan. Dan kalau dulu hanya de satu nama, budak-budak sekarang paling kurang dua nama dan paling banyak bole ada sampai lima nama! Banyak tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. nama pula dimodenkan contohnya..........apa ya? ntahla. Yang terbaru ialah menggabungkan nama moden dan klasik. Contohnya Umar Harith, Sofiyya Khadijah. Macam-macam la sekarang. Apa-apa pun nama yang diberikan pastikan nama tersebut membawa maksud yang baik dan kalau dipanggil anak-anak dengan nama tu sekurang-kurangnya nama tersebut menjadi doa kepada anak tersebut.