Tuesday, May 29, 2012

Adakah saya termasuk dalam golongan tersebut?


Assalamualaikum wbt.

Jom kita tengok 7 golongan yang dijanjikan akan mendapat naungan daripada Allah di Padang Masyar nanti.
(Facebook: Lot Kubur)

7 golongan tersebut ialah (randomly tidak ikut turutan)
1) pemuda yang apabila perempuan cantik dan kaya mengajaknya untuk berzina tetapi ditolak
2) orang yang cintakan masjid
3) orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahunya
4) dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata
5) orang yang sentiasa ingatkan Allah jika disebut nama Allah maka akan mengalir air matanya mengingati Allah.
6) pemerintah yang adil
7) pemuda yang hidupnya sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT


Saya tidak akan mengulas tentang 7 golongan ini secara mendalam. tetapi saya nak kita sama-sama renungkan dan bermuhasabah diri.

Adakah kita tergolong dalam 7 golongan ini? Adakan hati kita sentiasa membuak-buak ingin ke masjid untuk mengerjakan ibadat. memang perempuan tidak digalakkan solat di masjid tetapi jika masjid mengadakan majlis-majlis ilmu adakah kita antara orang yang akan memeriahkan majlis ilmu itu? menjadi antara orang yang mengimarahkan masjid.

Adakah kita tergolong dalam orang yang melakukan kebaikan secara bersembunyi. tiada niat di hati untuk menunjuk-nunjuk. Adakah kita mendoakan sahabat-sahabat kita tanpa pengetahun mereka.

دعو ة المر ءالمسلم لأ خيه بظهر الغيب مستجابة عند رأسه ملك مو كل كلما دعا لأ خيه بخير قال الملك المو كل به امين ولك بمثل
Dari shahabiyah ummud Darda, bahawa Rasulullah saw bersabda, yang artinya ,” Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahasia dan tidak hadir dihadapannya adalah sangat dikabulkan. Disisinya ada seorang malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali ia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya) : ,” Ya Allah, kabulkanlah, dan (semoga) bagimu juga (mendapatkan balasan) yang sepadan “, (Hr Muslim).

Seorang hamba yang mendoakan orang lain , dimana orang yang didoakan tidak mengetahuinya,menunjukkan bahwa dia berdoa dengan ikhlas. Karena keikhlasannya itulah , maka malaikat turut mendoakan balik kepada si pendoa itu. Bukankah itu suatu keberuntungan besar, kerena doa itu, dia didoakan oleh makhluk Allah yang suci yaitu malaikat. (http://idawanaziz.blogspot.co.uk/2011/01/kemuliaan-mendoakan-orang-lain.html on 29th May 2012).




Mungkin kita bukan pemimpin kepada sekumpulan manusia tetapi kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri. Setiap manusia adalah pemimpin kepada dirinya. Adakah kita sudah berlaku adil kepada diri kita? Adakah kita sudah memenuhi tuntutan rohani dalam diri kita? atau kita hanya memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. (mungkin tiada kaitan dengan apa yang dimaksudkan sebagai "pemimpin yang adil" tetapi saya sengaja menyelitkannya di sini). Tugas memilih pemimpin yang adil berada di tangan kita. nak tak nak kita kena pilih pemimpin kita sebab itu sudah menjadi tanggunajawab kita. Tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang adil dan mampu menegakkan Islam.

Adakah kita berkasih-sayang sesama kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Adakah perkenalan kita untuk mengingatkan satu sama lain tentang kebesaran Allah SWT? Adakah perbualan kita bersama kawan-kawan mampu menaikkan rasa takut kita kepada Allah SWT? Sama-sama kita renungkan.

Adakah hati kita berasa takut apabila mengingatkan Allah sehingga mengalir air mata kita? Pernahkah? Kadang-kadang berasa malu dengan diri sendiri sebab mampu menangis kerana benda yang remeh temeh tetapi tidak apabila mangingatkan Allah. Sesungguhnya mata kita akan menjadi saksi kita di akhirat nanti.




Adakah hidup kita banyak dihabiskan untuk beribadat? Atau kita lalai dengan kerja-kerja dunia. kerja-kerja dunia mampu menjadi ibadat jika kita melakukannya dengan niat kerana Allah semata-mata.

Sama-sama kita renungkan kembali. Adakah kita layak mendapat naungan daripada Allah SWT dengan keadaan kita sekarang?

"Ya Allah ya tuhanku, Engkau Maha Berkuasa. Engkau Pemilik alam ini. Engkau suburkanlah hati kami dengan rasa cinta kepadaMu dan juga junjungan besar Nabi Muhamad saw. Engkau jadikan kami sebagai orang yang sentiasa mengingatimu. Engkau jauhkanlah kami daripada perasaan cintakan dunia. Engkau kuatkanlah kami Ya Allah. Janganlah Engkau palingkan kami setelah Engau memberi hidayah kepada kami. Matikanlah kami dalam iman Ya Allah. Engkau Maha Berkuasa Ya Allah lagi Maha Pengampun. Hanya kepadamu tempat kami bergantung harap. Ampunkanlah dosa kami."

Ameen