Sunday, March 14, 2010

susahnya jaga anak....

salam...

hari tu masa nak balik kolej aku terserempak dengan dua situasi berbeza yang kedua-duanya mendatangkan perasaan berbeza kepada aku...

situasi pertama..
semasa menunggu untuk menaiki kereta api di KL Sentral, aku terlihat seorang budak lelaki dalam lingkungan umur lima tahun yang pada pandangan aku agak hyperactive,Wallahualam..
ibunya kelihatan agak tertekan dengan sikap anaknya dan melayan anak tersebut dengan agak kasar. aku merasa agak sedih melihat situasi ini tapi ibu tersebut tidak boleh dipersalahkan terus.

situasi kedua....
semasa di dalam kerera api, aku ditakdirkan duduk bersebelahan dengan dua beranak yang kelihatan agak mesra sekali. budak lelaki yang berumur empat tahun itu sangat petah berkata-kata. aku mengagumi ibu itu yang menjawab setia soalan anaknya dengan tepat dan lembut. tidak pernah aku dengar perkataan yang kasar keluar dari mulut ibu itu.

dua situasi berbeza dalam melayan anak-anak yang berbeza karakter. aku tidak tahu sama ada aku patut memandang sinis akan ibu dalam situasi pertama. aku tidak berada di tempatnya dan aku tidak tahu gejolak perasaan yang dialami olehnya. tapi aku sedikit berbangga kerana ibu ini masih sabar melayan kerenah anaknya. ibu memang seorang yang mulia.

aku lebih marah dengan ibu-ibu muda yang dengan sewenang-wenangnya membuang anak mereka dan ada yang sampai sanggup membunuh. mereka hanya memikirkan keseronokan tanpa memikirkan kesannya. Kepada Allah aku memohon agar diri ini dan rakan-rakanku di luar sana dilindungi daripada segala perbuatan yang tidak bermaruah ini.

"aku memohon kepadamu Ya Allah agar Engkau tidak memalingkan aku setelah Engkau memberikan hidayah-Mu kepadaku. Ameen"

semoga aku dapat menjadi ibu mithali seperti ibu di dalam situasi pertama suatu hari nanti:)