Sunday, September 19, 2010

mereka yang menyokong

assalamualaikum..
entah kenapa ari ni rasa nak menulis. lagi seminggu nk fly g uk.
xtaw rasa apa. tapi dah rasa homesick sikit2. maklumlah hampir 3 bulan duk rumah. tinggal dengan adik, mak. sayangnya ayah dah tak ada. kalau ayah ada mesti dia orang paling gembira sebab anak dia nak sambung belajar kat uk. mesti heboh satu kampung dia canangkan. petang2 mesti ayah sibuk bercerita kat kedai kopi pasal anak dia. bukan niat nak berbangga tapi biasalah perasaan seorang ayah apabila anaknya berjaya. aku berasa sedikit terkilan sebab ayah tak sempat tengok semua ni. tapi aku tahu dan yakin ayah mengetahui perkembangan diriku ini dari sana dan mungkin ayah mendoakan aku dari sana. entah kenapa hari ni aku rasa sangat rindukan ayah. aku berasa gembira melihat senyuman ayah. mungkin kerana ayah seorang yang jarang senyum dan agak serius. jadi apabila ayah tersenyum ia menandakan satu kemenangan. (sebab tu lah aku nak cari suami yang susah senyum...hehehe). aku ingat lagi ayah pernah pukul aku sebab rosakkan tanaman jering yang dia tanam. aku juga pernah kena pulas telinga sebab terkejar-kejar nak makan depan tv lepas tu terijak tangan ayah. tu la sape suruh makan depan tv. taksub sangat ngan tv. aku berjanji dengan diri aku yang aku mesti belajar bersungguh-sungguh dan tidak buat perkara yang akan mendatangkan keburukan pada keluarga aku dan arwah ayah aku. bukankah setiap perbuatan kita di atas dunia ini akan mendapat balasan di akhirat kelak. bukan jer aku, arwah ayah aku pun akan kena sekali. orang cakap kalu aku buat jahat atas dunia ni nanti ayah aku akan terima bungkusan yang busuk di alam sana. kalau aku buat baik ayah aku akan dapat bungkusan yang wangi. orang cakap kubur sebelah kubur arwah ayah tu kubur budak kecik. budak kecik mesti la tak banyak dosa dan mungkin juga suci bersih. untungkan budak tu. aku sayangkan arwah ayah aku. tapi aku tak pernah cakap kat dia. itulah manusia bila jauh baru nak cakap sayang kat orang tu. tapi aku betul sayang kat ayah aku. aku ingat lagi aritu masa aku masih lagi di sekolah menengah rendah. selau\lunya sebelum pergi sekolah aku akan salam dan ciutm tangan arwah ayah aku.tapi ari tu aku salam, cium tangan dan cium pipi ayah. mesti ayah pelik tapi ayah senyap jer. lepas tu aku terus naik basikal pergi sekolah. seingat aku itu kali pertama aku cium ayah aku bila aku dah beasr sikit. yang lain2 aku tak ingat. dan kali terakhir aku cium arwah ayah ialah sebelum jenazah ayah dikebumikan. tapi semuanya dah terlambat. aku tak boleh cium ayah lagi. kalu ada la sape2 yang baca blog aku ni tunjuklah kat parents kita yang kita sayang. aku kadang2 rasa bersalah sebab aku rasa aku selalu berkasar dengan ma n ayah. aku cuba kawal tapi kadang2 terkasar jugak. aku rasa bersalah sangat. tapi tak tahu macam mana nak minta maaf. aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak minta maaf dengan family sendiri tapi kalu dengan kawan2 senang jer nak minta maaf. hari tu aku pernah guna cara ni. aku rasa bersalah kat kakak aku ni. pastu aku hantar mesej kat dia ckp aku minta maaf kalu kau ade menyakitkan ati dia. kat adik beradik aku yang lain pun aku hantar. pastu kakak-kakak aku reply tanya kenapa. aku pun cakap sajer muhasabah diri sebelum tidur. hehehee...abang aku pulak tanya esok exam ke....de ke patut. aku gelak sorang. apa2 pun aku memang vsayang kat family aku. mereka dah banyak tolong aku. bagi sokongan kat aku. aku tak tahu macam mana hidup aku kalu tak de mereka. Tapi aku harus ingat yang Allah sentiasa ada di sisi aku. aku bersyukur sangat sebab dikurniakan family yang macam tu walaupun mulut aku ni selalu jer sakitkan hati mereka. tapi mereka selalu tolong aku.

I love my family!!!!!!

Ya Allah ya tuhanku, Engkau peliharalah kami sekeluarga. Engaku lindungilah kami sentiasa. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. hanya kepadaMu kami bergantung harap dan hanya kepadaMu kami berserah.

Ameen.