Kali ni saya nak bercerita sikit pasal pergaduhan yang berlaku di depan mata saya sendiri dan depan mata orang-orang awam yang lain. Baru jer terjadi semalam di depan Burger King. Nak dijadikan cerita selepas saya mendapat order dan sedang bercakap telefon dengan ma saya tiba-tiba mata terlihat adegan pujuk memujuk rajuk merajuk di luar kedai melalui cermin telus lihat besar. Nak kata pasangan adik beradik tak logik la pulak sebab kemesraan adik beradik dengan kemesraan pasangan berkasih ni memamng berbeza (my opinion la, kalau salah tlg betulkan). Macam budak baru lepas PMR.
Dalam usaha untuk memujuk kekasihnya yang sedang merajuk, lelaki itu beberapa kali cuba memegang dan memegang pasangannya itu. Dan orang di dalam kedai semua sedang menonton drama swasta di luar tu. Kalau ikutkan hati nak je ketuk cermin tu biar mereka sedar sikit ramai orang tengah melihat. Setelah beberapa lama baru mereka beredar. Tak tahula dah reda ke belum rajuknya.
Wahai gadis-gadis di luar sana yang sudah semestinya belum berkahwin termasuklah diri saya sendiri,
Jagalah maruah anda sebagai seorang muslimat,
Jangan biarkan lelaki yang bukan mahram anda sesuka hati menyentuh anda walapun berlapik atau beralas,
Tinggikan martabat hidup anda dan maruah diri anda,
Barang kaca di kedai pun kita tak dibenarkan sentuh kerana takut pecah,
Apatah lagi kita, muslimah yang lagi bernilai daripada barang kaca itu.
Jadilah seperti buah epal,
Hanya yang mampu sahaja boleh memetik buah epal yang ranum di pohon,
Jangan menggurkan diri anda ke bumi.
Teringat perstiwa semasa saya dan kawan-kawan ke Venice,Italy. Ada seorang penjual tu marahkan kami kerana menyentuh dan memegang leather bag di kedainya. Katanya kalau nak beli biar dia yang tunjuk. kalau dah beli baru boleh sentuh.
Cuba fikirkan, samalah dengan kita gadis-gadis semua, kalau dah kahwin baru boleh pegang-pegang, sentuh-sentuh. Jangah rendahkan harga anda lagi murah dari harga leather bag itu.
Saya bukan membebel tetapi sekadar peringatan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat serta adik-adik dan kakak-kakak. Orang kata telinga orang yang mengeluarkan kata-kata tu lagi dekat berbanding telinga-telinga orang yang mendengar.
Lelaki,
Tolonglah
Who are you?
You are not allowed to touch her!
Don't Touch Her
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
"Tidak boleh seorang lelaki dan seorang wanita bersunyi-sunyian melainkan dengan yang mahram"
Saya pun manusia biasa ada buat salah dan menyesali kesalahan yang sudah lakukan dan berdoa agar Allah SWT melindungi saya dari mengulangi melakukan kesalahan yang sama.
Mungkin di pandangan masyarak sekarang benda tu biasa dan sudah menjadi trend. Tetapi dalam Islam ianya tetap salah.
Biasakan yang Betul
Betulkan yang Biasa
11.39am 21/10/2013
